Menyebut tentang Bitcoin mungkin ramai yang sudah cukup kenal mengenai mata wang digital yang semakin popular sebagai platform pelaburan. Kebanjiran skim penipuan melibatkan Bitcoin serta beberapa kriptowang lain juga semakin menjadi trend di negara Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Bank Negara Malaysia pada hari ini telah mengeluarkan sebuah polisi terbaru mengenai pengubahan wang haram serta kriptowang. Polisi yang diumumkan ini sebagai langkah untuk mencegah para pengguna daripada terlibat dengan skim melibatkan kriptowang dan sebagainya.

rtx182y6-e1474518588409

Berdasarkan laporan yang diumumkan, bank-bank di Malaysia sedang dalam proses untuk ‘menghalalkan’ penggunaan kriptowang di Malaysia. Proses-proses melibatkan ketelusan sebelum pelancaran sebuah polisi masih lagi diambil kira setakat ini.

Setakat BNM ini berpihak untuk memantau perkembangan kriptowang di negara ini sebelum mengesahkan transaksi melibatkan kriptowang dalam urusan seharian disahkan selamat. BNM juga bertegas untuk terus komited dalam menyampaikan maklumat tentang kriptowang buat orang ramai.

Dalam pada itu, para pengguna dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila mula menceburkan diri dalam kriptowang kerana dikhuatiri jatuh ke lembah skim penipuan. Sebarang kerugian atau penipuan melibatkan kriptowang juga tidak akan ditanggung oleh Bank Negara Malaysia.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda yakin dengan perkembangan kriptowang seperti bitcoin untuk dijadikan sebagai medium pelaburan dan transaksi?

Sumber