Bunga dan wanita cukup sinonim kerana kebanyakan wanita suka apabila mendapat bunga. Sebut sahaja bunga, pasti ada daripada anda yang merasakan harganya mahal tetapi jika sebaliknya?

Bagaimana jika kami katakan terdapat kedai menjual bunga dengan harga murah di sekitar Pasar Seni? Terbaharu, seorang pengguna Twitter @_kiselwitch telah berkongsi sebuah kedai yang menjual bunga dan menarik perhatian ramai orang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut perkongsian beliau, sejambak bunga baby breath hanya berharga RM25 sahaja dan beliau berkongsi dengan 3 orang rakannya maka bunga yang perlu dibayar hanyalah RM6 sahaja seorang. Murah bukan?

Senang sahaja ingin ke kedai ini iaitu Lee Wah Florist ini. Kedai ini berdekatan dengan Pasar Seni (Central Market) dimana anda perlu menyeberang jalan dan berjalan sedikit untuk tiba ke sana.

Rata-rata netizen cukup teruja dengan perkongsian tersebut dan mengatakan harga di kedai tersebut memang murah. Malah, netizen turut berkongsi bunga-bunga yang telah dibeli di sana.

https://twitter.com/sarahhhsalleh/status/1213722488468672512

https://twitter.com/fadhbulous/status/1213790644419751937

Selepas ini, pastinya lebih mudah anda untuk membeli bunga untuk orang yang tersayang. Sebenarnya, berdekatan Pasar Seni memang banyak kedai bunga yang murah-murah cuma anda perlu rajin survey.

Anda tidak tahu ingin lepak di mana bersama kawan atau kekasih? Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

10 Senarai Tempat Berlatar Belakangkan Bangunan KLCC Yang Boleh Anda ‘Chill’

Lihat Kafe Di Cyberjaya Penuh Dengan Permainan Untuk Anda β€˜Chill’ Bersama Rakan

5 Restoran Tawar Makanan Percuma Di Kuala Lumpur Dan Lembah Klang