Tahun Baru Cina kali ini, foodpanda Malaysia membawakan kegembiraan, kesejahteraan dan tuah ke rumah anda dengan pelbagai hidangan Tahun Baru Cina, promosi istimewa, diskaun dan pelbagai tawaran.

Bercakap tentang insiatif Tahun Baru Cina daripada foodpanda tahun ini, Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda berkata, “Sama ada anda mencari hidangan yang sesuai untuk seisi keluarga atau ingin membeli beberapa barangan keperluan, foodpanda amat berbesar hati menghantar kegembiraan melalui barangan serta promosi perayaan Tahun Baru Cina yang eksklusif,” kata Sayantan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beberapa barangan eksklusif Tahun Baru Cina yang boleh didapati di pandamart termasuk pandamart CNY Crab Stick Crisp, pandamart CNY Nga Ku Crisp, kad poker pandamart, buah limau Wo Kan, pek Lokam, set segar Yee Sang, jus oren Sunquick dan banyak lagi. pandamart juga menawarkan barangan yang menarik sekiranya anda memerlukan beberapa pilihan pemberian hadiah.

Terdapat juga pelbagai jenis Yee Sang yang boleh didapati daripada Sushi King dan Salad Atelier. Jika anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza, dapatkan Pizza Sweet and Sour daripada Pizza Hut atau minuman Blossom daripada Starbucks. Selain itu, para pengguna juga boleh mendapatkan tawaran Tahun Baru Cina berikut daripada panda Pau-Pau untuk sambutan tahun yang penuh kemeriahan:

Penghantaran makanan

● Nikmati penjimatan hebat dan makan sepuas-puasnya dengan potongan sebanyak 35% (diskaun maksimum RM8) dengan nilai pesanan minimum RM23 apabila anda menggunakan kod promo EXTRAONG.

Pick-Up

● Dapatkan tawaran hebat dengan ciri Pick-Up. Gunakan kod promo TAPAUEXTRA untuk mendapat potongan 30% (diskaun maksimum RM7) dengan nilai pesanan minimum RM20.

pandamart


● Mencari barangan keperluan Tahun Baru Cina di saat akhir? Dapatkan potongan 35% (diskaun maksimum RM8) dengan nilai pesanan minimum RM22 apabila anda menggunakan kod promosi EXTRA35.

shops

● Gunakan kod promosi SHOPEXTRA untuk mendapat potongan 30% (diskaun maksimum RM10) dengan nilai pesanan minimum RM35

Lotus’s
Mencari hadiah yang bersesuaian sempena Tahun Baru Cina ini? Dapatkan hamper dan barangan runcit Tahun Baru Cina seperti Salted Egg Cookies, Orange Peel Cakes, Dragon tiger Grouper dan juga periuk nasi elektrik Pensonic hanya di Lotus.

Watsons
Berikan kejutan kepada orang tersayang dengan set hadiah Tahun Baru Cina istimewa daripada Watsons. Bukan itu sahaja! Manjakan diri anda dengan pelbagai pilihan Dried Fruits Series dan juga biskut Love Bites.

Guardian
Berikan hadiah set penjagaan diri kepada orang yang tersayang dengan set hadiah daripada Guardian yang terdiri daripada barangan seperti American Ginseng dan banyak lagi. Dapatkan hari ini sementara stok masih ada.

Untuk butiran lanjut mengenai promosi Tahun Baru Cina foodpanda, sila layari laman foodpanda atau terus ke aplikasi foodpanda di telefon pintar anda. Setiap promosi tertakluk kepada terma dan syarat.

Tiap kali musim perayaan, portal belian dalam talian antara yang sibuk membungkus pesanan pembeli. Baca pada pautan di bawah siapa sebenarnya Mr Hu yang hantar barangan anda.

Sering Menjadi Pengirim Barang, Nama Mr. Hu Kembali ‘Trending’ Di Twitter Sempena Tahun Baru Cina

7 Menu Makan Besar Dan Simboliknya Di Tahun Baru Cina

3 Bisnes Cara Cina Sama-sama Menang Dan Untung Yang Wajar Dicontohi