Ramai orang ingat pemilik kereta mewah hasil dari perniagaan online, trading Forex/kriptowang dan MLM yang sering ‘digembar-gemburkan’ di media sosial merupakan golongan ‘kayangan’ di Malaysia.

Sehinggalah baru-baru ini tular di media sosial gambar-gambar ‘unboxing’ kereta edisi terhad keluaran jenama kereta mewah Perancis, Bugatti milik orang Malaysia telah memberikan ‘kejutan’ kepada orang ramai.

vocket-bugatti-divo-malaysia-6-1
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia
vocket-bugatti-divo-malaysia-7-1
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia

Ramai yang mempersoalkan bagaimana orang Malaysia ini mampu memiliki sebuah kereta mewah yang bernilai RM25 juta (harga semasa) ketika satu dunia terkesan dengan pandemik COVID-19.

Untuk makluman semua, beliau telah ‘dipilih’ oleh Bugatti untuk memiliki kereta mewah edisi terhad ini sejak tahun 2018 lagi. Ya betul apa anda baca, Bugatti ‘memilih’ siapa yang layak untuk memiliki kereta ini.

Bugatti Divo (Terhad 40 Unit)

vocket-bugatti-divo-malaysia-1
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia
vocket-bugatti-divo-malaysia-2
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia

Kereta berprestasi tinggi ini dibina fokus pada spesifikasi tertinggi untuk dipandu di dalam litar. Nama Divo diambil sempena pelumba Perancis, Albert Divo yang memandu kereta Bugatti pada tahun 1920an dan memenangi perlumbaan ‘Targa Florio’ sebanyak dua kali.

Rekaan kereta ini diambil daripada model  Bugatti Type 57SC Atlantic dan kereta konsep Bugatti Vision Gran Turismo. Ia menggunakan 8.0-liter quad-turbocharged W16 yang menghasilkan output kuasa sebanyak 1,479hp yang membolehkan kereta ini memecut 0-100km/j dalam tempoh 2.4 saat dan mencapai kelajuan maksimum 380km/j.

Kereta ini hanya dibina terhad 40 unit sahaja dan ditawarkan kepada pemilik model Bugatti Chiron secara jemputan khas oleh pengedar Bugatti.

Kesemua unit Bugatti Divo telah habis dijual dalam masa sehari sebelum pelancaran perdana kepada umum pada 24 Ogos 2018 dan orang Malaysia ini merupakan salah seorang yang terpilih.

Bugatti Chiron (Terhad 500 Unit)

vocket-bugatti-chiron-malaysia-5
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia
vocket-bugatti-chiron-malaysia-6
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia
vocket-bugatti-chiron-malaysia-3
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia
vocket-bugatti-chiron-malaysia-4
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia

Sebelum lelaki ini dipilih untuk memiliki kereta Bugatti Divo, beliau telah pun memiliki sebuah model Bugatti Chiron terlebih dahulu pada 2018.

Sekitar tahun 2017, beliau telah terbang ke Lisbon, Portugal untuk test-drive kereta berkuasa 1,479hp ini dan beliau telah menjadi salah seorang daripada 250 pemilik terawal yang menerima Bugatti Chiron.

Menurut laman web rasmi Bugatti, produksi model Chiron masih berbaki kurang 100 unit lagi akan diteruskan sehinggalah ia habis ditempah oleh pelanggan mereka.

Spesifikasi Bugatti Divo ‘Private Collector’ Malaysia

vocket-bugatti-divo-malaysia-25
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia
vocket-bugatti-divo-malaysia-27
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia
vocket-bugatti-divo-malaysia-26
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia
vocket-bugatti-divo-malaysia-31
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia
vocket-bugatti-divo-malaysia-29
Model Bugatti Divo yang digunakan semasa pelancaran perdana | Sumber Gambar: YouTube Cars For You

Menurut pemilik Bugatti Divo ini, mereka telah terbang ke Eropah pada September 2019 untuk lawatan beberapa tempat sempena acara-acara automotif yang berlangsung serentak ketika itu.

Setelah hampir sepuluh hari di sana, beliau telah berkongsi gambar spesifikasi kereta Bugatti Divo yang telah siap ‘spec’ (ubahsuai) tidak banyak jauh beza dari model yang digunakan semasa hari pelancaran.

Beliau telah memilih warna cat kereta jenis glossy dan mewarnakan bahagian air vent keretanya dengan warna bendera Perancis — biru, putih dan merah. Manakala kemasan ruangan kabin pula, beliau padankan warna kelabu dan biru (Racing Blue).

vocket-bugatti-divo-malaysia-9
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia

Ramai netizen menyatakan Bugatti Divo ini sudah berada di Malaysia, tetapi sebenarnya kereta tersebut berada di sebuah fasiliti ruang simpanan kereta mewah di Singapura.

Fasiliti ini lengkap dengan bilik pameran, ruang simpanan dan bengkel kereta. Hanya pemilik yang menyimpan kereta di sini sahaja yang boleh masuk ke ruang simpanan ini. Ekoran pandemik COVID-19, pemilik kereta ini tidak boleh ke Singapura untuk bersama-sama ‘unboxing’ kereta miliknya.

Ketika artikel ini ditulis, sumber kami menyatakan terdapat beberapa buah lagi Bugatti Divo akan masuk ke fasiliti ini. Difahamkan juga, kemungkinan besar kereta mewah edisi terhad ini akan dibawa masuk ke Malaysia setelah selesai beberapa urusan.

vocket-bugatti-divo-malaysia-32
Sumber Gambar: Arkib ‘Private Collector’ Malaysia

Jika anda musykil bagaimana lelaki dari Malaysia ini mampu memiliki kedua-dua buah kereta Bugatti berharga mencecah sekitar RM37 juta (harga semasa), ini kerana beliau memiliki beberapa perniagaan sektor penting dalam dan luar negara sejak tahun 1980an lagi.

Mungkin ada yang berpendapat beliau ‘membazir’ kerana membelanjakan RM25 juta untuk sebuah kereta yang tidak sesuai untuk persekitaran di Malaysia, tetapi sebenarnya harga ketika beliau beli pada tahun 2018 sekitar RM23.8 juta sahaja. Kini, nilai keretanya telah meningkat sebanyak RM1.2 juta.

Kereta ini dibeli bukanlah untuk merekrut ‘downline’, tetapi ia merupakan sebuah ‘pelaburan’ jangka masa panjang dikalangan private collector di dunia.

Bugatti menunjukkan kepada orang ramai bahawa anda mungkin ‘berkemampuan’ untuk membeli kereta mereka, tetapi anda belum cukup eksklusif untuk ‘terpilih’ memiliki kereta edisi terhad keluaran mereka.

“Class cannot be purchased, Money doesn’t mean class.”

Inilah sedikit sebanyak kisah proses perjalanan pembuatan kereta mewah edisi terhad Bugatti yang dimiliki oleh salah seorang private collector di Malaysia.

Baca lagi artikel-artikel berkaitan Bugatti yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Tonton Bugatti Chiron Memecah Rekod Kereta Terpantas Dunia Dengan Kelajuan 490.48 km/jam

Bugatti Hasilkan Model Khas Chiron Sport ‘110 ans Bugatti’ Sempena Ulang Tahun Ke-110

Bugatti Umumkan Model ‘Chiron Sport’ Dengan Kemampuan 1,479 Kuasa Kuda