Kebiasaannya isteri-isteri pemimpin negara akan tampil gah dengan pelbagai jenama mewah sewaktu menghadiri majlis rasmi suami. Maka, tiada perkara menarik melainkan rakyat akan melihat kemewahan yang dipamerkan saja.

Gambar: Pablo Martinez Monsivais/AP
Gambar: Pablo Martinez Monsivais/AP

Namun begitu, tidak semua isteri pemimpin negara bersikap seperti itu. Pada Ogos yang lalu, isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching telah mencetuskan satu keluarbiasaan apabila dia tampil dengan dompet berharga US$11 (RM46).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Gambar: TheArtFaculty.sg
Gambar: TheArtFaculty.sg

Tindakan Ho Ching itu telah menjadi sebutan hangat di kalangan netizen dunia. Hangat kerana dia telah dikritik memilih aksesori yang tidak bersesuaian dengan pakaian dan majlis yang dihadirinya, iaitu lawatan rasmi ke Amerika Syarikat di South Lawn of the White House.

Ramai tidak tahu tujuan sebenar Ho Ching menggayakan dompet bercorak dinasour yang murah itu berbanding dompet dan beg tangan jenama mewah Hermes, Burberry, Prada, Kate Spade, Christian Louboutin dan Jimmy Choo yang berharga ribuan ringgit dan tampak eksklusif.

Ho Ching merupakan penaung Persatuan Autism Singapura, sebuah organisasi yang memulakan projek bisnes ahli autism di Singapura di mana barang yang dihasilkan oleh pelajar di Pathlight School akan dijual oleh peruncit dan perekanya akan menerima royalti bagi setiap barang yang dijual.

Pereka dompet 'Dino', See Toh (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
Pereka dompet ‘Dino’, See Toh (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Sebagai tanda sokongan, Ho Ching telah menggayakan dompet yang direka oleh pelajar Pathlight School, See Toh Sheng Jie yang berusia 19 tahun. See Toh meminati corak dinosaur sejak kecil lagi dan itulah sebab dia memilih corak dinosaur untuk produknya.

Selepas netizen mengetahui punca di sebalik dompet dinosaur itu, terutama di kalangan rakyat Singapura, jualan dompet ‘Dino’ itu mula melonjak naik sehingga 200 dompet habis dijual dalam sehari. Sebelum itu, 4 bulan diperlukan untuk menjual 600 dompet tersebut.

Gambar: TheArtFaculty.sg
Gambar: TheArtFaculty.sg

Jika anda mahu memiliki dompet ‘Dino’ ini, kini anda perlu melakukan pre-order di online store Fakulti Seni (Singapura) dan tunggu sekurang-kurangnya 2 bulan untuk mendapatkannya.