Kenapa telefon pintar anda berhenti berfungsi dalam subzero? Kebanyakan bateri dalam gajet masa kini ialah lithium ion dan lithium polymer.

Lithium ion mempunya katod karbon dan liquid electrolyte. Lithium polymer mempunya katod polymer dan solid electrolyte. Jadi kenapa iPhone anda berhenti berfungsi dalam persekitaran subzero?

Kerana iPhone menggunakan lithium ion. Di suhu sejuk, liquid electrolyte akan membeku. Sebab tu anda lihat, telefon pintar anda tiba-tiba 0%. Sebab electrolyte tidak bergerak.

Kebanyakan midrange dan low end phone juga menggunakan bateri lithium-ion. Jadi mereka mengalami kesan yang sama.

Tapi ini bukan menunjukkan telefon pintar telah rosak. Cuma tiada cas mengalir dalam suhu tersebut. Balik ke suhu bilik, telefon pintar anda akan berfungsi macam biasa.

Dan sila ambil perhatian. Jangan cas telefon pintar dalam keadaan electrolyte bateri tak boleh bergerak. Kemasukan electrolyte berlebihan dalam liquid electrolyte yang beku boleh menyebabkan bateri kembung dan retak.

Jadi kenapa kalau retak? Liquid lepas cair boleh bersatu balik kan?

Jawapannya inflammed liquid. Akan ada liquid yang hangus, dan menyebabkan masalah konsistensi. Pernah pakai telefon pintar yang bateri dia suka lompat daripada 80% ke 20%, lepastu tiba-tiba naik 60%? Itulah keadaannya.

Lithium-ion polymer (LiPo) yang biasa digunakan dalam gajet adalah berlainan dengan real ‘lithium-polymer’. LiPo adalah hampir menyerupai lithium ion, cuma separator dan solid electrolyte. Selain daripada itu, semua bahagian LiPo menyamai lithium ion.

Lithium-polymer adalah terbaik digunakan dalam suhu sejuk. Jadi mengapa guna lithium-ion polymer?

Kerana real lithium-polymer mempunyai masalah konsistensi untuk berfungsi pada suhu bilik. Tapi kelebihan yang nyata LiPo adalah ketahanan suhu berbanding lithium-ion kerana solid electrolyte.

Selain itu, enclosure gadget anda, bentuk, dan ventilation gajet anda juga memainkan peranan. Tapi gajet-gajet terkini, lebih-lebih lagi telefon pintar yang ada quickcharge 2.0 ke atas, mempunyai bateri LiPo.

Kenapa tak semua guna LiPo?

Lithium-ion ada kelebihan dari segi ketahanan bateri dan low discharge. Dan liquid electrolyte boleh muat lebih cas.

LiPo perlu solid electrolyte, maka kuantiti cas kurang. Tapi lebih tahan kepada suhu rendah. Tetap akan freeze electrolyte dalam -20c. Dan boleh dibuat dengan saiz yang lebih kecil. Tapi kos pembuatan mahal sikit.

Kalau anda traveller tegar ke negara subzero, check bateri gajet anda. Pakai casing penebat haba seperti latex dan silikon untuk pencegahan tambahan. Dual-layer casing adalah lebih baik kerana dapat memerangkap lapisan udara antara lapisan tersebut.