Siapa di sini tidak gemar makan makanan laut? Pasti anda gemar makan makanan laut, lagi-lagi sotong, udang, ketam dan ikan yang baru ditangkap, rasa ‘fresh’ dan kemanisan isi makanan laut tersebut pasti terasa.

Baru-baru ini, pengguna Facebook Nana Psa II telah berkongsi petua bagaimana teknik yang betul untuk memastikan sotong tidak liat dan tidak lembik apabila dimasak. Baca perkongsian Nana di bawah ini:

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Cara-cara memastikan sotong tidak liat dan tidak lembik adalah:

1. Bersihkan sotong dengan bersih
2. Kemudian, potong sotong mengikut cita rasa anda
3. Masukkan sotong yang telah dipotong dan dibasuh ke dalam kuali

1

Sotong yang telah dicuci, dimasukkan dalam kuali

2

Air yang keluar daripada sotong

4. Jangan masukkan air, dan masak sotong dengan api dapur yang kecil selama dua minit
5. Pastikan tidak terlalu lama untuk memastikan sotong tidak liat
6. Kemudian, angkat sotong tersebut dan toskan sotong daripada air yang keluar
7. Setelah itu, siram sedikit air dan toskan sebelum disimpan

3

Air yang keluar

4

Sotong yang telah ditoskan

Ini adalah petua untuk anda kekalkan tekstur sotong dan memastikan sotong tidak liat dan lembik ketika dimasak. Sotong sedap digoreng dengan tepung, masak sambal dan banyak lagi. Semoga perkongsian ini akan memudahkan anda masak di dapur.

Anda Mungkin Suka