Air Zamzam adalah air yang berasal dari telaga di kawasan Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi. Biasanya, orang Islam yang menunaikan Haji dan Umrah akan mengunjungi telaga Zamzam dan membawa air Zamzam pulang ke negara asal untuk disedekah atau disimpan sebagai bekalan.

Untuk pengetahuan anda, telaga Zamzam terletak 11 meter dari Kaabah. Pada masa kini, telaga Zamzam berada di ruang bawah tanah yang dapat dilihat dari belakang panel kaca. Menurut satu kenyataan, telaga Zamzam menyedut hingga 18.5 liter air sesaat sehingga ia mampu menghasilkan 660 liter air per minit.

Dalam bahasa Arab, zamzam bermaksud “banyak” atau “limpahan”. Pengertian ini sesuai dengan keadaan air Zamzam yang tidak pernah kering walaupun telah digunakan selama ribuan tahun. Mengikut sejarah, air Zamzam pertama kali keluar ketika Nabi Ismail menangis kehausan di padang pasir bersama ibunya, Hajar.

5ebd1bd8e127f
Reuters

Dokumen sejarah menunjukkan bahawa kejadian itu pertama kali berlaku adalah pada 4,000 tahun yang lalu dan kini ia menimbulkan pelbagai persoalan kepada orang awam, terutamanya bagaimana air Zamzam tidak pernah kering selama ribuan tahun.

Dilaporkan dari Egypt Today, Abbas Sharaqi, Profesor Geologi dan Sumber Air di Institut Penyelidikan Afrika, menyatakan bahawa air di telaga Zamzam tidak pernah kering kerana dihubungkan dengan air bawah tanah yang boleh diperbaharui.

Profesor Sharaqi menjelaskan bahawa air Zamzam adalah air yang boleh diperbaharui kerana sumbernya adalah air hujan di Kota Makkah. Makkah adalah kawasan pergunungan dan salah satu lembah yang terdapat di sana mempunyai kemampuan untuk menampung air Zamzam di dataran rendah.

Zamzam-water-in-Makkah-1024×678
Hotels Makkah

Katanya, terdapat endapan sungai sepanjang 14 meter yang terbentuk dari air hujan di pergunungan yang jatuh ke dataran rendah dan berubah menjadi sedimen. Proses ini memerlukan jutaan tahun untuk membuat telaga Zamzam yang panjangnya hingga 14 meter.

Tambah beliau lagi, di bahagian paling bawah terdapat batu yang membentuk kedalaman telaga Zamzam mencapai 35 meter. “Air di telaga Zamzam digunakan sebagai air minum untuk jemaah dan tidak digunakan untuk pertanian,” katanya.

“Telaga Zamzam telah digunakan selama 4,000 tahun, ini membuat kita berpikir bahawa jika tidak ada hujan di Arab Saudi, mungkin air akan habis. Namun, memandangkan keadaan iklim yang stabil dan tidak berubah, telaga mampu untuk terus ada, ”tambah Profesor Sharaqi.

Siapakah lelaki di sebalik pembinaan Royal Clock Tower, Makkah? Beliau seorang melayu Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Siapakah Lelaki Di Sebalik Pembinaan Royal Clock Tower, Makkah? Beliau Seorang Melayu Malaysia

Penularan Wabak COVID-19, Arab Saudi Minta Umat Islam Tunda Ibadah Haji

Kisah Tok Janggut Yang Tidak Diceritakan Dalam Buku Sejarah

Sumber