Drama bersiri Korea ‘All of Us Are Dead’ yang ditayangkan di Netflix menjadi bualan ramai. Malah, pada awal tayangan drama tersebut sudah trending nombor 1 di peringkat global.

Bagi anda yang belum menonton drama All of Us Are Dead, ia mengisahkan tentang sekumpulan pelajar cuba menyelamatkan diri ketika virus zombie menular di sekolah mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Virus bernama Jonas yang merebak mengakibatkan seseorang yang dijangkiti berubah jadi zombie lalu menyerang orang lain dan turut menjangkiti mereka yang digigit.

Jika anda perasan, zombie dalam drama ini kelihatan ‘sempurna’ gerakannya dan cara bertukar ketika menjadi zombie. Terbaharu, tular video disebalik tabir bagaimana para pelakon belajar koreografi menjadi zombie kerana bukanlah mudah untuk menghasilkan gerakan yang ‘berseni’ ini.

Dapat dilihat para pelakon berdedikasi mempelajari koreografi bagi menyempurnakan watak yang dibawa mereka. Oleh itu, klip video disebalik tabir itu meraih perhatian ramai terutama sekali yang sudah menonton drama itu.

Rata-rata netizen berasa kagum dengan dedikasi yang ditonjolkan oleh para pelakon drama itu. Bukan itu sahaja, para netizen turut memberikan pujian kerana memastikan setiap details dibuat sempurna dalam drama tersebut.

Malah, ada juga seperti tidak percaya dedikasi yang ditunjukkan oleh para pelakon kerana ada beranggapan bahawa aksi-aksi tersebut dilakukan oleh stuntman. Bagi anda yang masih belum menonton drama siri All of Us Are Dead ini bolehlah menonton di Netflix.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Kerana Gayakan Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Seksual Segelintir Pengguna TikTok

‘Cekik Darah Dan Tidak Berbaloi’- Iklan Sewa Rumah PPR Berharga RM1,400 Sebulan Buat Netizen Terkejut

Tindakan ‘Abang Sepana’ Bantu Halang Wanita Daripada Dipukul Suami Terima Pujian Netizen