Malam semalam, Marvel Studios dan Sony Pictures telah mencapai satu persetujuan baharu untuk kerjasama watak Spider-Man. Insan paling gembira selepas peminat semestinya Spidey sendiri, Tom Holland.

Selepas sejam berita berkenaan rasmi di media, Tom Holland berkongsikan babak ikonik lakonan Leonardo DiCaprio dalam Wolf Of Wall Steet. Babak ini sememangnya menerangkan situasi Spider-Man dengan sangat tepat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, perkongsian Tom Holland ini mendapat sokongan hebat daripada selebrit ternama Hollywood. Dapat dilihat di ruangan komen pelakon seperti Dwayne Johnson dan Taron Egerton gembira dengan berita tersebut. Rakan-rakan MCU beliau seperti Zendaya dan Mark Ruffalo juga turut sama menulis di ruangan komen dan tidak sabar untuk kembali bekerjasama dengan Tom.

Tiada plot tentang filem ketiga Spider-Man didedahkan ketika ini tetapi kemungkinan besar akan bersambung daripada end credit Spider-Man: Far From Home. Sony Pictures sebenarnya seperti sudah memberi hint tentang filem ketiga ini apabila mereka berkongsikan klip J. Jonah Jameson ini pada hari Rabu yang lalu di YouTube.

Tiada yang lebih baik bagi peminat Marvel untuk melihat Spider-Man kembali di MCU. Ini pula artikel berkenaan kejayaan rundingan terbaru antara Marvel Studios dan Sony Pictures.

Rundingan Berjaya, Filem Ketiga Spider-Man Akan Ditayangkan Pada 2021

Marvel Sudah Rancang Kehadiran Spider-Man Ke MCU Sejak Filem Iron Man Yang Pertama