Joker secara rasmi telah mengalahkan kutipan yang dibuat oleh Deadpool 2 pada tahun 2018 untuk menjadi filem R-Rated dengan kutipan tertinggi di dunia.

Pada ketika ini, Joker sudah membuat kutipan USD785 juta (~RM3.28 bilion) di seluruh dunia. Kutipan ini akan terus meningkat selagi Joker terus ditayangkan di pawagam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ryan Reynolds seperti wataknya dalam Deadpool, mengucapkan tahniah kepada Joaquin Pheonix dengan gaya yang nakal. Ucapan itu dibuat di laman Instagram beliau dan mendapat pujian daripada ramai pihak.

Pertamanya, Ryan mengetepikan ‘sengketa’ antara Marvel dan DC Comics kerana memuji filem daripada syarikat pesaing dan kedua beliau sangat supportive kerana mengakui Joker merupakan sebuah filem yang hebat.

Imej yang dimuat naik tersebut turut mempunyai tulisan nama watak popular daripada genre R-Rated yang lain seperti Pennywise (It), Hugh Jackman (Logan), dan Ted.

Tahniah buat Warner Bros. kerana yakin dengan visi Todd Phillips untuk menghasilkan filem Joker yang epik ini. Dapatkah Joker mencecah kutipan USD1 bilion? Yang pasti, Joker sudah berjaya muncul sebagai antara filem terbaik tahun ini.

Tahukah anda tangga yang menjadi lokasi penggambaran Joker ini kini menjadi tempat tarikan pelancong tanpa sengaja? Anda boleh baca tentangnya lagi di bawah.

Tangga Ikonik Dalam Joker Kini Jadi Lokasi Tumpuan Pelancong

Jared Leto Dilaporkan Cuba Menghalang Pengeluaran Filem Joker Lakonan Joaquin Phoenix

Joaquin Pheonix Menyinar Dalam Karya Epik Dan ‘Dark’ Joker