Nama Puteri Balqis tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air dan beliau pernah sering muncul di kaca TV pada satu ketika dahulu. Akan tetapi, selepas beliau mula menyepi dari dunia lakonan apabila telah disahkan sakit penyakit hati.

Terbaharu, iklan yang memaparkan sedutan temu bual kehidupan Puteri Balqis dalam rancangan Bersamamu yang bakal ditayangkan pada 12 Januari 2020, esok jam 6.30 petang telah mendapat perhatian ramai orang.

Rata-rata netizen terkejut dengan perubahan hidup Puteri Balqis secara drastik dan sedih melihat keadaan Puteri Balqis yang terpaksa ikat perut selama 3 hari. Malah, Puteri Balqis turut menjual buku bersama ibunya untuk menampung kehidupan dalam sedutan iklan tersebut.

Oleh yang demikian, rata-rata netizen berasa sedih dengan keadaan Puteri Balqis dan berharap beliau akan kembali sihat seperti dahulu serta gembira. Malah, para netizen juga memberikan kata-kata semangat buat Puteri Balqis.

Screenshot 2020-01-11 at 10.58.20 AM

Screenshot 2020-01-11 at 11.00.21 AM

Semoga Puteri Balqis akan tabah dan diberikan kesembuhan. Jika anda ingin membantu, anda bolehlah salurkan bantuan kepada mereka.

Sebelum ini, lelaki penghidap kanser jual khat untuk menampung kos perubatan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lelaki Hidap Kanser Tidak Putus Asa, Ambil Tempahan ‘Nametag’ Khat Tampung Kos Perubatan

Lelaki Ini Kongsi Derita Polisi Insurans ‘Pay And Claim’ Yang Ramai Tidak Tahu

Tidak Mampu Memiliki Rumah, Pasangan Ini Tinggal Di Dalam Gua Selama 54 Tahun

Sumber