Sebelum ini, ramai yang teruja apabila puluhan rumah di Pulau Sicily, Itali dijual dengan harga serendah €0.90 (~RM4.23) sahaja. Namun, apakah ia berbaloi dengan harga dijual?

Buat anda yang tidak tahu, pengurangan penduduk semenjak beberapa tahun kebelakangan ini kerana perpindahan penduduk asal ke bandar besar di sekitarnya menjadi sebab rumah di Pulau Sicily dijual murah. Ia adalah usaha untuk menambah semula jumlah penduduk di sana dan menaikkan ekonomi setempat.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Terbaharu, dalam satu laporan Business Insider, rumah di Pulau Sicily tidaklah seperti yang ramai sangka. Mana tidaknya, rumah yang dijual tidak berada dalam keadaan baik dan memerlukan anda untuk mengubahsuai rumah yang anda beli dalam masa 3 tahun.

The True Cost Behind Italy's $1 Homes

This is the true cost behind Italy's $1 homes.

Posted by Business Insider on Monday, 3 August 2020

Para pembeli akan dikenakan kos baik pulih bermula €15,000 (~RM70,484) bagi setiap rumah pilihan dan turut perlu membayar deposit sebanyak €5,000 (~RM23,494). Walau bagaimanapun, deposit akan dikembalikan semula selepas proses baik pulih selesai.

Malah, dalam kawasan tersebut tidak memiliki kedai hardware besar dan menyukarkan proses baik pulih dengan kadar segera. Adakah anda rasa berbaloi untuk membeli rumah di Pulau Sicily ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan penjualan rumah di Itali. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bandar Di Itali Ini Jual Rumah Pada Harga RM4.85 Sahaja

Rumah Di Pulau Sicily, Itali Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM4.30

Anda Mungkin Suka