Air soya merupakan antara minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja sedap, tetapi mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan.

Malah, rasa air soya yang dibuat sendiri memiliki tekstur yang berbeza dengan air soya dalam kotak. Adakah anda tahu bahawa untuk membuat air soya sangat mudah dan anda boleh lakukan sendiri di rumah? Baca resipi membuat air soya di bawah ini:

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kacang soya
2. Gula
*Nota: Gunakan daun pandan untuk wangi sahaja

Langkah-langkah membuat air soya:

1. Rendamkan kacang soya semalaman.

2. Keesokan harinya, cuci bersih kacang soya dan toskannya.

1

2

3. Kemudian, kisar kacang soya dengan air sampai halus.

4. Setelah itu, tapis menggunakan tapis teh berulang kali.

3

4

5. Lalu, buangkan buih-buih menggunakan penapis.

6. Masak air soya yang telah ditapis, dan masukkan gula serta daun pandan sehingga mendidih.

5

Perkongsian resipi air soya ini dikongsi oleh pengguna Facebook Rita Zul dan pastinya resipi yang mudah untuk dibuat ini anda boleh buat sendiri di rumah. Semoga bermanfaat.

Sumber