Sebagai seorang ibu, pastinya anda sering membekalkan makanan untuk anak anda bawa ke sekolah. Akan tetapi, jika makanan yang sama hampir setiap hari akan membuatkan anak anda bosan dengan makanan tersebut.

Bukan sahaja berkhasiat tetapi menu makanan yang sedap menjadi keutamaan ramai ibu di luar sana. Adakah anda sudah pening kepala ingin bekalkan apa kepada anak-anak anda?

233093048
HYPE
Idamkan Rekaan Rumah Yang Memukau, Ini Sebab Utama Anda Perlu Terjah Ke REX Expo
Baca lagi →

Anda tidak perlu pening kepala lagi kerana seorang pengguna Facebook Hurun’lin Malik telah berkongsi resipi ‘beef schnitzel’ atau lebih mudah dikenali sebagai daging gunting ala-ala ayam gunting. Baca perkongsian resipi beliau yang mudah ini di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

81962245_2923532191013507_6172718588265234432_n

1. Daging lembut (dipotong nipis)
2. Potato starch
3. Telur
4. Breadcrumb
5. Garam
6. Minyak

Cara-cara membuat beef schnitzel:

1. Masukkan daging dalam ziplock bag dan ketuk dengan penggelek sampai leper.

2. Salutkan daging dengan potato starch, telur yang telah diletak garam dan breadcrumb.

82561827_2923532194346840_7427570747821785088_n

83027127_2923532317680161_6306914897263329280_n

3. Goreng dalam minyak sehingga kekuningan.

4. Sedia dihidang.

82058985_2923536647679728_2151488619104174080_n

82496431_2923536701013056_1383984053572599808_n

Mudah bukan? Pastinya menu ini akan membuat anak-anak anda tersenyum ketika waktu rehat kerana dapat menikmati hidangan yang lazat dan menyelerakan. Memang terbaik!

Selain itu, anda juga boleh cuba bekalkan anak anda nasi goreng. Apa kata baca tip buat nasi goreng lebih sedap pada pautan di bawah ini.

Petua ‘Rahsia’ Untuk Menjadikan Nasi Goreng Lazat Dan Power Anda Perlu Tahu

Resipi ‘Beef Prosperity Burger’ Ala McDonald’s Yang Lazat Dan Mudah Anda Kena Cuba

Petua ‘Rahsia’ Legakan Batuk Dengan Berkesan Anda Perlu Tahu

Anda Mungkin Suka