Buah labu merupakan sejenis sayuran-sayuran yang memiliki pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. Malah, rasanya yang enak pasti menjadi kegemaran ramai orang.

Pasti anda tertanya-tanya, buah labu boleh dibuat apa? Baru-baru ini seorang pengguna Facebook Cik Kay telah berkongsi resipi lepat labu yang cukup mudah untuk dibuat. Baca perkongsiannya di bawah ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

67395372_806751789721890_3751660826478510080_n

1. Labu
2. Tepung gandum
3. Tepung beras
4. Gula atau santan
5. Kelapa parut
6. Daun pisang

Cara-cara membuat lepat labu:

1. Kukus labu, kemudian korek isi labu dengan sudu
2. Lenyekkan isi labu dan letakkan dalam bekas
3. Kemudian, masukkan secawan tepung gandum, secawan tepung beras, 1/2 cawan gula atau 6 sudu besar santan kedalam bekas labu yang telah dilenyekkan
4. Gaul sehingga sebati

67313445_806751729721896_2902165086158192640_n

67392328_806764196387316_8312241445662621696_n
5. Gaulkan kelapa parut dengan garam
6. Layurkan daun pisang dan ratakan minyak pada daun pisang
7. Letakkan acuan labu diatas daun pisang, kemudian letakkan kelapa parut diatasnya
8. Bungkuskan acuan tersebut
9. Kukus dengan api yang perlahan selama 25 minit

Semoga perkongsian resipi lepat labu ini dapat dimanfaatkan oleh anda. Pastinya ini menu petang pilihan anda untuk nikmati bersama keluarga.

Sumber