Jika sebelum ini Dalgona Coffee menjadi kegilaan netizen, kini Lotus Cheese Cake pula menjadi pilihan. Lihat sahaja kek ini di mesti ramai sudah terliur dan ingin mencuba buatnya di rumah.

Oleh itu, ikuti sahaja resipi Lotus Cheese Cake perkongsian pengguna Facebook Liya Banks yang mudah tanpa perlu dibakar ini. Sudah bersedia untuk buat? Ayuh kita mulakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

95919584_10214083611523145_1039671841305657344_o

Bahan-bahan yang diperlukan untuk base:

125gm butter unsalted dan 15 hingga 20 keping biskut Lotus Biscoff.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk cream cheese filling:

400gm cream cheese, 125ml whipping cream, 2 sudu kecil gula aising, sesudu kecil esen vanila, dan 2 sudu besar Lotus Biscoff spread.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk topping:

190gm Lotus Biscoff spread dan biskut Lotus Biscoff yang dihancurkan.

Cara-cara membuat Lotus Cheese Cake:

97413511_10214083610443118_7181678999632871424_n

1. Hancurkan biskut Lotus sehingga jadi semi fine dan masukkan dalam bekas serta dibiarkan seketika.

2. Kemudian, cairkan butter dalam pan dan masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi dalam butter yang sudah cair.

3. Gaulkan sehingga sebati butter dengan biskut tersebut dan masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik parchment paper.

4. Tekan biskut bits itu sampai betul-betul padat sebab base perlu kuat dan masukkan dalam freezer untuk sejam setengah atau sampai keras.

5. Sementara itu, sediakan cream cheese filling pula dengan pukul cream cheese sampai kembang.

6. Selepas itu, masukkan esen vanila, gula aising dan Biscoff spread dipukul sehingga sebati lalu dibiarkan seketika.

7. Pukul whipping cream sampai kembang dan satukan dengan campuran cream cheese tadi, lalu gaul sehingga sebati.

8. Cairkan Lotus Biscoff spread (190gm) itu dengan api kecil dan kacau sentiasa sehingga betul-betul cair dan biarkan ia sejuk selepas itu.

96780737_10214083611043133_4387492432132964352_n

96371230_10214083611923155_2541674522361200640_o

9. Selepas base sudah keras, bawa keluar dari freezer, tuang cream cheese filling di atas base dan ratakan.

10. Masukkan ke dalam peti ais pada bahagian bawah dalam 3 hingga 4 jam.

11. Kemudian, keluarkan kek tadi dari peti sejuk dan tuang Biscoff spread yang dicairkan tadi ke atas cream cheese dan ratakan ia.

12. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam dan selepas itu keluarkan kek tersebut.

13. Taburkan lebihan biskut yang dihancurkan pada bahagian atas kek dan siap.

Mudah sahaja untuk buat kek ini. Semoga resipi ini memberikan inspirasi buat anda dan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik yang mungkin anda ingin cuba di rumah. Klik sahaja pautan di bawah ini. 

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’

Ketahui Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Hanya Bermodalkan RM5

Tidak Perlu Ke Bazar Ramadan, Ini 5 Resipi Menarik Yang Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba Di Rumah