Walaupun roti Gardenia sedap dimakan begitu sahaja, tetapi jika makan selalu begitu pasti berasa bosan. Malah, makan roti cicah air milo, sapu planta atau kaya juga sudah biasa.

Seorang pengguna Facebook iaitu saudari Khairun Nisa telah berkongsi resipi bagaimana membuat puding roti sos kastard menggunakan roti Gardenia. Untuk pengetahuan anda, roti jenama Gardenia menjadi pilihannya berikutan ia menjadikan puding rotinya soft dan gebu. Baca perkongsian resipi puding roti sos kastard Khairun Nisa di bawah ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Langkah-langkah membuat puding roti:

puding

1) Masukkan 1 1/2 cawan susu full cream/susu cair dalam bekas
2) Tambah 1 biji telur
3) Kemudian, masukkan 2 sudu besar gula (nak manis tambah lagi)
4) Masukkan 1 sudu besar butter/marjerin/planta
5) Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
6) Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
7) Carik, potong 7-8 keping roti Gardenia dan susun ke dalam loyang
8) Tuang bahan yang dikacau sehingga sebati tadi ke dalam loyang
9) Taburkan brown sugar, kismis dan chocolate chip
10) Bakar selama 30 minit, pada suhu 170 celcius

Langkah-langkah membuat sos kastard:

yummy

1. Masukkan 1 tin susu cair ke dalam kuali
2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar tepung kastard
3. Masukkan 2-3 sudu besar gula (mengikut tahap kemanisan citarasa anda)
4. Akhir sekali, masukkan 1 sudu teh esen vanilla *Nota: Pastikan jangan membuka api dahulu semasa mencampurkan bahan diatas
5. Kemudian, bahan-bahan yang telah dicampurkan, kacau atas api sehingga pekat

Senang bukan? Kini anda memiliki resipi yang dapat membuatkan anda menikmati roti dengan cara yang berbeza. Selamat mencuba!

Sementara itu, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih banyak resipi menarik di The Vocket.

Resipi Ringkas Hasilkan Donut ‘Gebu’ Dan Sedap

Lebih 17,000 Retweets, Ini Resipi Enak Dan Mudah Yee Mee Sizzling Ala ‘Food Court’

Resipi Lazat Dan Ringkas ‘Classic Coney Dog’ Ala A&W Anda Patut Cuba

Sumber