Boleh dikatakan hampir semua orang memiliki telefon pintar. Setiap maklumat dalam telefon pintar merupakan privasi setiap individu dan kita dikira mencerobohi privasi jika tidak meminta kebenaran melihat kandungan telefon pintar.

Kecoh di media sosial apabila dikhabarkan pihak polis berhak semak telefon pintar orang awam tanpa waran dan juga secara rambang. Hal tersebut dibenarkan untuk menjaga kententeraman awam menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman.

Walau bagaimanapun, orang ramai perlu ketahui hak mereka jika semakan secara rambang dilakukan dimana orang ramai boleh meminta identiti pegawai polis yang melakukan pemeriksaan sebagai rekod jika berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Berikutan itu, rata-rata netizen tidak bersetuju jika pihak polis dibenarkan untuk semak telefon pintar orang awam. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa ini dikira menceroboh privasi mereka.

Mengapa PDRM ingin berbuat demikian? Ia adalah bagi memastikan tiada sebarang bentuk komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut serta mengancam keselamatan orang lain dan negara berlaku. Adakah anda bersetuju jika pihak polis ingin memeriksa telefon pintar anda?

FINAS dikhabarkan mahu menapis kandungan siri yang ditayangkan di Netflix. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Netflix Bakal Ditapis Oleh FINAS?

Aflix Punca Ahmad Idham Mahu ‘Sekat’ Kandungan Netflix?

Akan Baring Di Hadapan Bangunan FINAS, Sharifah Sakinah Minta Jangan Ganggu Netflix

Sumber