Ekoran insiden protes seorang graduan di istiadat konvokesyen Universiti Malaya baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman turut memberikan pandangannya tentang insiden tersebut di laman Twitter rasmi miliknya.

Menurut posting yang dimuat naik semalam, beliau ternyata tidak setuju dengan tindakan graduan tersebut yang menggunakan pentas konvokesyen sebagai pentas untuk protes. Namun, beliau juga tidak setuju dengan desakan untuk menarik semula ijazah yang diterima oleh graduan tersebut.

Respon daripada menteri tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. Ada yang bersetuju dengan pandangan Syed Saddiq mengatakan tindakan tersebut adalah keterlaluan bagi menghukum graduan tersebut.

Tetapi majoriti daripada netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan ini. Mereka berpendapat itu adalah langkah terbaik supaya insiden seperti ini tidak akan berulang lagi di masa akan datang.

https://twitter.com/deckofwar/status/1184642976753975296

https://twitter.com/tgarsyad/status/1184621880327602177

Terdahulu Universiti Malaya telah memberi maklum balas berkenaan isu ini. Klik Pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Baca Respon Universiti Malaya Terhadap Graduan Biadap Ketika Istiadat Konvokesyen

Graduan Universiti Malaya Mogok Ketika Graduasi Mengundang Kecaman Netizen