Sejak tersebarnya cerita tentang gadis bernama Nabila Jalil yang kecewa dengan pengurusan Loob Holdings, ramai yang menantikan respon balas daripada pihak Tealive sendiri.

Tealive memuat naik status ini di laman Facebook rasmi mereka untuk menerangkan perkembangan isu idea kreatif ini semalam.

Tealive sudah cuba menghubungi Nabila tetapi tidak berjaya dan mahu bertemu Nabila untuk menyelesaikan perkara ini. Tealive juga berkata mereka turut ‘bersedih atas salah faham’ ini.

Namun rata-rata yang membalas komen di status ini rata-rata tidak setuju dengan cara Tealive memberi respon tentang isu ini. Cara Tealive membuat permohonan maaf juga nampak tidak ikhlas.

Ramai yang berpendapat Tealive yang sepatutnya mencari Nabila sehingga dapat dan bukannya Nabila yang perlu ‘serah diri’ kepada Tealive untuk duduk berbincang.

Joe Aliff menulis ini di ruangan komen. “We have been trying to reach out to the individual via phone calls and whatsapp but to no avail. So if not available, then why still proceed to print? Tak paham.”

JD Sports Malaysia minggu lalu turut terpalit dengan satu isu yang agak besar tetapi JD Sports Malaysia menangani isu berkenaan dengan cara yang sangat professional. Untuk kes Tealive ini, semoga satu penyelesaian dapat dicapai oleh kedua-dua pihak.