Baru-baru ini Kementerian Komunikasi Dan Digital telah menghebahkan tentang kegagalan pihak Telegram berkerjasama dalam mengawal kandungan lucah dan aktiviti negatif lain. Jadi, ramai mulai menantikan kenyataan rasmi daripada pihak Telegram susulan isu berkenaan.

Pihak Telegram kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi pihak Amanz. Menurut Telegram, mereka sangat aktif dalam membuang kandungan berbahaya pada platform mereka. Ini termasuklah penjualan bahan terlarang dan juga kandungan lucah secara terbuka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Vocket

Telegram turut menyatakan moderator juga proaktif dalam memantau bahagian awam pada aplikasi tersebut, selain menerima laporan pengguna melalui aplikasi atau menggunakan emel [email protected] dalam usaha membuang kandungan yang melanggar terma dan syarat perkhidmatan.

Telegram bagaimanapun menyatakan tidak akan sertai dalam sebarang penapisan politik. Aplikasi Telegram sedia menawarkan kebebasan penggunaan menerusinya selagi tidak melanggar terma dan syarat yang ditetapkan.

Sebelum ini, YB Fahmi Fadzil memaklumkan Telegram seperti tidak ikhlas untuk berkerjasama dengan pihak kerajaan dalam membendung kandungan terlarang. Malah, Telegram dilihat paling membimbangkan buat masa ini berbanding dengan platform media sosial lain.

Sumber