Beberapa hari lalu Touch ‘n Go baru sahaja melancarkan sebuah aplikasi dengan usaha untuk ‘memudahkan’ orang ramai menambah nilai kredit hanya menggunakan telefon pintar.

Aplikasi yang diharapkan untuk memudahkan orang ramai ini nampaknya telah membuatkan orang ramai kecewa selepas mengetahui para pengguna perlu menambah nilai ke dalam aplikasi terlebih dahulu dan seterusnya perlu ke mesin Touch ‘n Go atau dikenali dengan nama PUD terminal untuk memindahkan baki ke dalam kad anda.

Photo 23-03-2018, 12 40 49 PM

Perkara ini sekaligus membuatkan orang ramai berpendapat inisiatif yang dilakukan Touch ‘n Go ini sedikit menyusahkan pengguna memandangkan jumlah PUD terminal di Malaysia masih sedikit ketika ini.

Berikutan kebanjiran komen yang diterima di laman Facebook serta laman muat turun aplikasi ini di Google Play Store, pihak Touch ‘n Go telah mengeluarkan sebuah pengumuman rasmi berdasarkan insiden yang berlaku. Berikut merupakan pengumuman yang dibuat dariapda pihak Touch ‘n Go.

29060116_1833417576682165_3012090281984315997_o

Berdasarkan kenyataan yang dibuat Touch ‘n Go berpihak untuk mengeluarkan altenatif lain bagi memudahkan pengguna menambah nilai. Syarikat ini juga turut berjanji untuk memberikan yang terbaik buat para pengguna dari semasa ke semasa.

Diharap pihak Touch ‘n Go dapat mengambil iktibar daripada insiden yang berlaku. Kami faham aplikasi ini masih baru dan masih banyak perlu diperbaiki untuk memudahkan para pengguna. Sama-sama kita harapkan Touch ‘n Go dapat segera memperbaiki silap lalu untuk memudahkan orang ramai menambah nilai.

Sumber