Bukanlah isu baru tetapi isu ini kembali hangat diperkatakan. Sebelum ini, tular syarikat penyiaran ternama Malaysia menetapkan syarat perlu memiliki 1 juta pengikut di media sosial.

Terbaharu, pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin telah kongsikan kekecewaannya di Twitter miliknya berhubung kriteria ditetapkan oleh syarikat penyiaran yang mengatakan perlu memiliki 1 juta pengikut di media sosial baru boleh menerima kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Iedil, dirinya sudah berada dalam industri seni selama lebih 20 tahun tetapi kriteria yang dicari cukup mengecewakan kerana bukannya memandang kepada bakat tetapi populariti.

Isu tersebut turut mendapat perhatian penggiat seni seperti Sharifah Amani, Nam Ron, Nabila Huda dan banyak lagi. Mereka juga tidak setuju apabila menetapkan kriteria sedemikian rupa dan mengatakan ada penerbit tidak sudi ‘pitch story’ di syarikat tersebut disebabkan isu itu.

Bukan itu sahaja, Yusry Abdul Halim yang merupakan pelakon, penerbit dan penyanyi juga menzahirkan rasa tidak puas hati berhubung isu itu. Menurutnya, ada ‘talent’ yang tidak boleh menjiwai watak walaupun sudah 3 hari pengambaran tetapi pihak penyiar masih mahukan pelakon tersebut walaupun sudah dicadang untuk tukar pelakon.

Tambahnya, dirinya sebagai pengarah yang ditukar bukannya pelakon tersebut. Malah, situasi drama TV tempatan tidak berkualiti adalah angkara penyiar itu sendiri. Para penggiat seni juga tertanya-tanya kriteria tersebut sebenarnya menguntungkan siapa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa tidak puas hati dan mahukan karya berkualiti bukannya mengukur sesuatu karya dengan tahap populariti selebriti.

Tahukah anda bahawa Nam Ron pernah ‘tayang’ badan untuk cuba raih 1 juta pengikut di media sosial? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Mahu Raih 1 Juta ‘Followers’, Nam Ron Sahut Cabaran Stesen TV Dengan Menayang Badan

Alasan Filem Persilatan ‘Syahadan’ Ditolak Untuk Tayangan Di Stesen TV Berbayar Jadi Bualan Netizen