Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Kisah bermula apabila setiap kali balik kampung, isteri tersayang Rindaya Loebis kemas barang macam hendak pindah rumah terus. Semua sedia maklum, Honda Insight mempunyai ruangan bonet yang agak kecil, jadi barang-barang yang banyak itu terpaksa disusun sampai ke ruang penumpang belakang.

Masalah bertambah bila anak mula bersekolah pada bulan Mac. Kereta ada satu, isteri guna untuk berkerja, sampai rumah pukul 7 malam. Jadi tidak sesuai untuk bawa anak yang baru berusia 5 tahun naik motosikal, redah hujan dan kesesakan lalu lintas. Jadi saya memerlukan ‘kereta kedua’ untuk selesaikan dua masalah utama ni.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Jadi saya terus telefon abang Mohd Farhan Alias , ceritakan masalah utama, dan parameter untuk penyelesaiannya. Nak cari kereta kedua yang selesa untuk balik kampung, tapi jimat minyak dan harga murah, sebab bajet kecil. Pertengahan April, masa tu desas-desus Alza baharu nak keluar dah mula jadi bualan ramai. Jadi dengan yakin, terus tempah Alza baharu dengan Khai Rizal , walaupun tidak tahu rupanya lagi.

Alhamdulillah akhirnya pada hari Jumaat yang mulia, 29 Julai 2022, kunci Alza 2022 sampai ke tangan. Masa itu barulah pertama kali dapat tengok Alza ini depan mata sendiri. Cun weh.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Rekaan

Dari segi design luaran, macam susah nak percaya kereta ni keluaran Malaysia. Nak cerita lebih terperinci, tidak pandai. Pandangan depan, kereta ini nampak garang dan futuristik dengan lampu LED yang tersusun kemas. Cuma kereta ini disertakan fog lamp LED putih. Bagi saya kurang mencapai tujuan adanya fog lamp tu, untuk bagi nampak jalan dan orang nampak kita time foggy. Jadi patut warna kuning /oren kan? Keseluruhannya, rekaan luaran Alza baharu ini, cantik dan menarik tertarik, eh. Puas hatilah.

Bila masuk dalam, eh, aku naik MPV ke sedan ni? Rendah, dan tidak rasa macam naik MPV. Sekilas pandang, macam MPV mewah pun ada. Tempat duduk dengan kemasan kulit + fabrik dihiasi dengan tona berwarna coklat (dashboard pun ada tona coklat) membuatkan saya rasa seperti duduk di dalam kereta mewah. Bila tengok sistem infotainmen dan paparan meter, mentua saya tidak percaya ini kereta buatan Malaysia.

Daripada segi keselesaan, jika naik 8 orang, selesa utk perjalanan pendek, tetapi kalau perjalanan jarak jauh, penumpang barisan ketiga akan patah pinggang nanti rasanya. Orang berketinggian sederhana (171cm) macam saya ini bila duduk dekat barisan tersebut, rasa macam duduk atas kerusi kanak-kanak.

Walaupun ada lebihan ruang setengah jengkal antara lutut dengan tempat duduk barisan kedua, tetap rasa kurang selesanya. Jadi untuk perjalanan jauh, maksimum 5 orang dengan tempat turun ketiga diturunkan untuk kargo. Kalau setting macam ini, memang selesa.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Ergonomik

Secara peribadi, bila memandu lebih satu jam akan rasa lenguh bahu dan belakang. Saya tidak tahu mana silapnya, tapi bagi saya, rekaan tempat duduk pemandu dan setting stereng, kurang ergonomik. Tetapi berbeza pula dengan pandangan anak dan isteri. Mereka kata sangat selesa, siap ‘tidur mati’ lagi.

Pemanduan

Bagi sesiapa yg jenis ‘heavy footed driver‘, kena mula belajar jadi ‘light footed‘. Kalau tidak, susah nak kekalkan fuel economy. Kaki sentuh sahaja pedal, rpm sudah mencanak naik, pick up tiada masalah. Boleh maintain 90km/j dgn rpm lebih kurang 1400 ke 1700rpm.

Saya pandu Honda CRZ dan Insight sejak dari tahun 2012, sudah terbiasa dengan respons brek Honda dan hampir kemalangan bila memandu Toyota Vios milik kawan sebab tidak biasa dengan respons yang agak lambat. Namun dengan Alza baharu, saya rasa tiada masalah, dan feel hampir sama dengan Honda Insight. Saya rasa berterima kasih kepada cakera brek hadapan dan belakang.

Sistem suspensi Alza 2022 ni bagi saya ianya seimbang, tidak terlalu lembut sampai kereta berayun macam buaian, dan tidak terlalu keras mcm pakai buluh. Sesedap rasa, ambil lap tidak rasa oversteer atau understeer.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Keselamatan

Banyak ciri-ciri keselamatan dekat mode Alza baharu ini, jika nak cerita satu persatu, lebih baik saya letak link owner manual  sahaja.

Beberapa perkara saya ingin kongsikan, pertama, kombinasi LDW, LDP dan LKC memang terbaik. Saya cuba uji ‘lepaskan tangan’ dekat selekoh sederhana (tindakan ini salah, jangan tiru), memang kereta elok sahaja ikut sendiri selekoh itu, dan sudah pasti bermacam-macam amaran keluar. Selepas hampir 20 saat, keluar amaran suruh pemandu pegang stereng.

Kedua, ACC. Amat membantu. Cuma bagi saya, over anticipate. Kereta hadapan jauh lagi, ACC sudah perlahankan kereta. Walaupun ada kereta dekat lorong bersebelahan pun, dia perlahankan kereta. Bila sudah lepas, dia tingkatkan sampai 3000rpm untuk dapatkan semula kelajuan.

*Tambahan — Selepas baca balik manual, baru saya sedar selama ini saya set jarak ACC 50 meter. Patutlah dari jauh sudah perlahan. Tapi saya tetap berpegang dengan over anticipate, sebab walaupun dekat lorong bersebelahan sesak, kereta pun automatik perlahankan kelajuan juga.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Penggunaan bahan api

Dengan umur 3 hari, titdak sesuai lagi untuk nilai penggunaan bahan api. Tetapi selepas isi tangki penuh (43 liter/RM88/8 bar), jarak boleh dapat 540 kilometer. Sepanjang 3 hari ni, jumlah perjalanan dalam bandar (Shah Alam, Kota Damansara, Subang Jaya, USJ) sejauh 139 kilometer dan berbaki 406 kilometer.

Kekalkan pemanduan light footed, tetapi menghadap jem setiap hari, dapatlah 12.7km/liter. Itu pun berjam enjin dalam keadaan idle sebab nak setting macam-macam dekat infotainmen. Agak jimat, kalau bandingkan dengan MPV lain. Honda Insight saya pun dapat 14-15km/liter sahaja bila memandu dalam kawasan bandar.

Kesimpulannya

Secara keseluruhan, saya secara peribadi memang berpuas hati dengan Alza 2022. Dengan harga bermula RM75,500, dan segala macam teknologi yang pengguna dapat, kereta ini sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki. Memang tidak menyesal ‘tempah secara membuta-tuli’ pada bulan April tempoh hari.

Apa-apa pun, ini adalah pandangan peribadi daripada segi pengalaman 3 hari saya sahaja. Saya bukan jurujual, bukan jurutera, nak tukar tayar pun pening, apatah lagi bab teknikal. Kerja saya tiap-tiap hari hanyalah termenung keluar tingkap tengok awan, sambil cakap seorang-seorang.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Anda boleh baca lagi beberapa ulasan yang pernah disiarkan oleh The Vocket sebelum ini melalui pautan-pautan di bawah.

Tonton Ulasan Paling Jujur Untuk Proton X70

Ringkas Dan Jelas, Netizen Kagum Lihat Wanita Cina Ini ‘Review’ Van Jenazah

Lihat Ulasan Honda Civic Daripada Perspektif Seorang Wanita