Pasti anda sering melihat rakan-rakan, keluarga atau anda sendiri pernah memuat naik boarding pass anda di media sosial sebelum penerbangan? Malah, ada juga daripada anda yang buang boarding pass sejurus tiba destinasi dan jika anda sering melakukan perkara tersebut, anda perlu berhenti melakukan ia.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa tidak boleh, bukan? Untuk pengetahuan anda, boarding pass tidak hanya menyimpan maklumat berkaitan penumpang tetapi sebenarnya lebih daripada itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, boarding pass mengandungi data tambahan dimana berisiko untuk digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pihak tersebut boleh mendapatkan maklumat seperti nombor telefon dan alamat rumah sekelip mata dengan menggunakan nombor tempahan pada boarding pass.

5ade559519ee8621008b46e7
Gambar hiasan. Sumber: Business Insider

Malah, maklumat lain seperti nombor telefon kenalan dan individu yang membantu membuat tempahan juga boleh diperolehi dan akan terdedah kepada bahaya.

Selain itu, penukaran tempat duduk, pembatalan penerbangan, penukaran nombor PIN dan maklumat perjalanan juga boleh dinyahkod menerusi satu laman sesawang dengan menggunakan nama dan barcode yang tertera pada boarding pass.

Anda juga mungkin berdepan kepada ancaman tuduhan palsu dan menyebabkan anda dihalang menaiki pesawat dan disiasat. Pastikan anda tidak memuat naik gambar boarding pass di media sosial dan juga tidak membuangnya di tempat awam selepas penerbangan.

Jika anda mahu membuangnya di tempat awam, anda dinasihatkan untuk mengoyakkan boarding pass kepada helaian kecil. Jadilah pelancong yang bijak dan berhati-hati untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Apa kata anda baca tip ketika menaiki kapal terbang pada pautan di bawah ini.

Ini 20 Tip Dan Etika ‘Wajib’ Anda Amalkan Ketika Menaiki Penerbangan

8 Cara Mudah Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan AirAsia Anda Yang Dibatalkan Kerana Coronavirus

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia

Sumber