Percutiaan di dua buah Kepulauan yang berlainan kutub kali ini memberi pengalaman dan kepuasan yang sangat berbeza buat kami. Tercalit pelbagai memori dan lipatan kenangan yang terlakar terkadang bisa membuat kami ketawa mahupun merasakan satu perasaan hambar.

Apa pun yang terbentang kami tetap melangkah demi satu kepuasan yang dicari kali ini. Dah penat penat berjalan, kami disajikan dengan lukisan alam yang tidak pernah mengecewakan, umpama hamparan lukisan babe!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pulau Harapan, Kepulauan Seribu, Jakarta Utara, Indonesia.

Pulau Harapan merupakan sebuah gugusan pulau di kepulauan Seribu. Dikelilingi dengan Pulau Pari, Pulau Pramuka, Pulau Kelapa, Pulau Tidung dan beberapa pulau lain yang dijangka mempunyai lebih dari 30 buah pulau kecil. Tetapi apa yag menariknya di Pulau Harapan adalah dikatakan salah satu spot terbaik untuk melihat keindahan dasar laut. Benar atau mitos?

Bagaimana mahu mencapai kesini?

Untuk mencapai ke Pulau Harapan, saya telah menempah tiket lebih awal dengan menaiki pesawat Malindo Air. Perjalanan sekitar 2 jam dari Kuala Lumpur menuju ke Jakarta berbekalkan tiket RM198 /pergi balik. Dari Lapangan terbang kita boleh memilih samada pergi ke jeti orang bangsawan mahupun warga tempatan.

Apa yang membezakan dua jeti ini? Sudah tentu jenis kapal dan harga untuk menuju ke setiap destinasi. Pilihan kami? Semestinya acah-acah “blend with local” katanya.

Jika anda memilih untuk menaiki pelayaran mewah bolehlah ke Jeti Marina Ancol. Kami menuju ke Kaliadem atau lebih dikenali sebagai Muara Angker. Pagi pagi dah kena scam, pedih! Kerana kesuntukan masa, kami bersetuju dengan tawaran seorang kakak untuk membawa kami ke Kaliadem. Puas tawar menawar, kami membayar sekitar RM70 untuk perjalanan sekitar 9 kilometer sahaja. Bukan main lagi dimomokan dengan kadar tol sangat tinggi, rupanya sekitar RM3 sahaja. Oh nasib!

Sesudah tiba di kawasan luar pelabuhan Kaliadem, kami harus berjalan kaki sekitar 20 minit merentasi pasar ikan yang sangat berbecak dipenuhi dengan air dan darah ikan, kawasan tembok sungai yang dipenuhi sampah-sarap dan terpaksa menolak ajakan abang ojek yang ingin menghantar ke Terminal Jeti.

Setelah tiba di Jeti, kami terpaksa berebut untuk membeli tiket bersama warga tempatan. Tiket yang berharga IDR 55K dan kos pengurusan pelabuhan berharga IDR 2K akhirnya berjaya dibeli setelah berhimpit-himpit. Kaunter tiket di sana hanyalah diperbuat daripada Khemah biasa dan kayu sahaja. Disini terdapat banyak ulat tiket, pandai-pandailah menolak dengan cara baik bila mereka menawarkan perkhidmatan.

Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam menuju terus ke Pulau Harapan dengan menaiki Kapal Garuda. Diingatkan untuk berada dua jam terlebih awal di dalam kapal untuk mencari tempat duduk anda. Jangan bayangkan kerusi empuk, anda akan bergelimpangan bersama orang lokal.

Kiri kanan depan belakang anda akan menemukan longgokan manusia sahaja ditambah suhu seperti berada di dalam ketuhar yang di panggang sempurna. Bayangkan? Nak murah sangat kan? Hahaha. Untuk perjalanan pulang, kami mendapatkan tiket daripada orang tempatan harganya jauh lebih murah sekitar IDR 45K sahaja dengan menaiki kapal Miles 1. Kondisi kapal sama dengan kepadatan penumpang. Fuhhhh. Dimasak sempurna betul. Kukus!! Grill!! Panggang!!

Apa perkara wajib sewaktu kesini?

Dah nama Pulau, tak sah kalau tak meneroka keindahan alam di lautan. Yedak? Untuk melakukan aktiviti ini anda boleh dapatkan bot di sekitar pinggir pelabuhan sahaja dengan kadar IDR 350K dan kos sewa kelengkapan snorkelling adalah IDR 40K seorang.

Runding dan lakukan proses tawar-menawar, pasti anda akan mendapatkan harga mampu milik punya! Apa yang menarik di sini adalah harga untuk satu bot keseluruhan, jika anda datang beramai ramai sudah tentu anda akan mendapatkan satu penjimatan yang unggul.

Anda akan dibawa meneroka ke beberapa pulau dan spot terbaik untuk melihat dasar laut, dapat tengok ikan dan coral betul betul depan mata menerbitkan satu rasa yang berbeza. Indahnya ciptaan Tuhan.

Foodporn? Dikawasan dermaga dipenuhi dereten peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan. Tak Indonesia kalau tak cuba Pecal Ayam kan. Terbaik! Juga jangan lepaskan peluang untuk merasai Cilung Abon Telor, telur puyuh yang dimasak bersama serbuk lada. Enak bangat. Waktu malam boleh tahan meriah juga, dipenuhi pelancong yang melihat kugiran, santai dan menikmati hasil makanan laut. Syok!

Belitung, Tanjung Pandan, Kepulauan Bangka, Sumatera Selatan, Indonesia

Mungkin masih asing buat sesetengah orang, tetapi tidak buat pengemar karya agung Andrea Hirata iaitu Laskar Pelangi. Diapit oleh Selat Gaspar dan Karimata, Belitung dikenali sebagai sebuah daerah yang kaya dengan hasil Timah. Kenapa aku begitu teruja kesini?

Aku ingin melihat sendiri sebuah kisah benar diadaptasikan yang selama ini hanya dibaca dari buku mahupun menerusi filem. Kebangkitan mereka yang ingin memberi hak pendidikan kepada setiap individu, banyak membuat ramai orang sedar untuk membantu mereka yang memerlukan terutama dalam bidang pendidikan.

“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya. Bukan untuk menerima yang sebanyak-banyaknya” Pak Harfan, Laskar Pelangi

Bagaimana mahu mencapai kesini?

Terdapat dua cara untuk mencapai ke Kepulauan ini, Kami menaiki pesawat Citilink dari Jakarta menuju ke Tanjung Pandan selama satu jam yang kami beli lebih kurang 4 bulan dari tarikh dengan harga RM 300 untuk pergi balik.

Selain itu terdapat juga pesawat dari Sriwijaya Air, Nam Air, Lion Air serta beberapa pesawat lain yang mendarat ke Tanjung Pandan. Jika anda lebih sukakan cabaran, anda boleh mendapatkan tiket daripada Kuala Lumpur ke Palembang, seterusnya menaiki kapal ke Pangkal Pinang dan ke Belitung . Mungkin cara ini lebih menjimatkan wang tapi tidak pula pada masa anda. Terpulang pada pilihan anda sendiri?

Apa perkara wajib sewaktu kesini?

Aktivti pertama kami adalah meneroka keindahan laut di Belitung. Kami menuju ke jeti Pantai Kelayang dengan menaiki Toyota Avanza yang disewa khas selama dua hari, dengan kadar IDR 500K dan dipandu sendiri oleh kami sekitar 30 minit sahaja.

Kami mencari bot yang menawarkan perkhidmatan meneroka Pulau Belitung di pinggir pantai. Selesai bersetuju dengan harga yang ditawarkan sebanyak IDR 450K dan kos sewa peralatan snorkelling pula adalah IDR 40K seorang kami memulakan ekspidisi di beberapa buah pulau kecil seperti Pulau Babi dan Burung ternyata tidak mengecewakan.

Pemandangan di Pulau Pasir dan Lengkuas berjaya membuat mata kami terpaku. Tidak tergambar dek kata kata betapa indahnya. Kagum, dengan pasir halus memutih, air jernih dipenuhi tapak sulaiman dengan awan yang membiru. Perfect! Cukup sempurna.

Snorkeling point menjamu mata dengan satu keindahan yang berbeza, hidupan dasar laut seumpama ikan dan terumbu karang yang hidup simboisis cukup mendamaikan mata yang melihat. Jangan lepaskan peluang untuk mendaki 18 tingkat rumah api di Pulau Lengkuas, dari atas anda akan melihat panorama alam sekitar lebih dari anda impikan.

Seakan anda terus melupakan seketika hal dunia yang masih anda pikul. Tidak keterlaluan jika saya katakana anda harus memasukan tempat ini ke dalam salah satu ‘bakul impian’ anda.

Mimpi adalah kunci,
Untuk kita menaklukan dunia,
Berlarilah tanpa lelah,
Sampai engkau meraihnya.

Laskar Pelangi takkan terikat waktu,
Bebaskan dirimu di angkasa,
Warnai bintang di jiwa.

Pernah dengar lagu Laskar Pelangi daripada kumpulan Nidji? Ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar miskin dari daerah Belitung yang mempunyai azam dan kecekalan yang kuat untuk mendapatkan pendidikan kerana mereka mempunyai mimpi yang sangat besar.

Terbayang jelas di mata setiap inci cerita yang pernah dilihat apabila menjejakan kaki ke replika SD Muhammadiyah Gantong yang terletak di Belitung Timur. Diperbuat daripada kayu dan beratapkan zink di tengah tanah lapang beralaskan pasir putih bekas galian timah, pernah menjadi latar untuk sebuah filem yang diadaptasikan daripada Karya Agung Andrea Hirata, Laskar Pelangi.

Bagi mereka yang tidak membaca atau menonton kisah ini mungkin tidak punya jawapan jelas kenapa mereka harus berkunjung kesini. Datang jauh semata mata melihat dua unit kelas yang hampir roboh? Namun bagi pencinta kisah Laskar Pelangi bakal merasakan satu semangat Ikal, Lintang, Mahar dan teman teman yang membara yang mampu menjadi inspirasi buat kita semua.

Aku kesini mencari Lintang! Ya demi Lintang., tapi usahaku belum membuahkan hasil. Tiket masuk kesini adalah dengan kadar IDR 30K seorang.

Danau Koalin juga tidak kurang hebatnya, terbentuk daripada bekas galian timah yang ditinggalkan, turut menjadi salah satu wisata alam. Air yang berwarna biru yang memukau serta pasir yang putih bersih begitu mempesonakan mata yang memandang.

Untuk melihat seni bina yang diperbuat daripada rotan dan lantai yang dibina daripada kayu, kami berkunjung ke Rumah Keong yang dibina di atas danau kesan pelombongan biji timah. Kawasan nyaman yang sesuai untuk berehat dan berlindung dari sinar matahari. Dihujung bangunan,terdapat panorama yang sungguh memukau dengan beberapa buah perahu dan sebuah pergunungan yang menghijau.

Kampung Ahok pula merupakan rumah warisan yang dijadikan wisata yang mengambarkan budaya, makanan, cara hidup masyarakat di Belitung. Ahok? Beliau merupakan Gabenor Jakarta juga dikenali sebagai Basuki Tjahaja Purnama yang dilahirkan dari Kota ini.

Didalam rumah ini juga terdapat batu satam yang menjadi kebanggaan rakyat Belitung. Batu satam merupaka meteor yang pernah jatuh di Belitung dan dipercayai mempunyai kuasa magnet yang cukup aneh, kami juga berkesempatan mencuba kuasa magnet daripada batu satam tersebut yang telah dijadikan loket dan cincin oleh penduduk setempat.

Apabila berada di Laskar Pelangi tidak lengkap perjalanan jika tidak berkunjung ke Muzium Kata Andrea Hirata, seumpama perpustakaan dan juga pelbagai gambar dijadikan penghias dinding menjadikan anda teruja apabila gambar pelakon Laskar Pelangi memenuhi ruang.

Dah nama Muzium Kata kan? Dipenuhi dengan kata-kata semangat dan pedoman untuk kita yang masih berkira-kira untuk membantu mereka di luar sana. Sungguh Inspirasi, Dia adalah idola di hati saya! Dengan kadar tiket IDR 500K seorang anda turut diberikan satu buku hasil karya Andrea Hirat. Wah!

Buat peminat kopi, anda wajib untuk ke kedai Kopi Millenium di Manggar. Kopi Es yang dibancuh sempurna dan dihidangkan dengan pisang goreng berserta keju. Padu! Ataupun anda boleh mimilih mana-mana kedai mengikut citarasa anda, terdapat banyak deretan kedai yang menjual kopi di sini sesuai dengan jolokkan “manggar kota 1001 kedai kopi” .

Di sini saya berpeluang bertemu dengan dua orang anak muda dari Manggar yang dikenali daripada aplikasi Couchsurfing, apa yang kami perasan dialek yang digunakan hampir sama dengan kita di Malaysia. Seronok sembang dengan depa!

Bagaimana mahu mencari penginapan ketika berkunjung di dua buah Kepulauan ini?

Buntu? Kenapa perlu memeningkan diri dengan perkara semudah ini? Saya membuat pesanan Hotel Pondok Impian di Tanjung Pandan melalui aplikasi hotelsCombined. Melalui paparan pencarian hotel, laman web HotelsCombined akan senaraikan dan bandingkan segala jenis hotel daripada harga terendah sehingga harga golongan bangsawan.

Aplikasi ini membandingkan harga daripada beberapa website seperti agoda, Booking, Expedia dan lain lain dengan jenis bilik yang sama tetapi harga yang berbeza. Jadi kenapa perlu buang masa dan membuat perbandingan satu persatu?

Mudah kan? Jadi pilih sahaja hotel mengikut citarasa dan poket sendiri. Belum ada apps ini di gadget anda? Boleh download app HotelsCombined di sini.

Pemilihan Hotel Pondok Impian adalah berdasarkan jarak dari Tanjung Kelayang dan pusat Bandar adalah berdekatan. Berhampiran dengan kawasan laut, deretan kedai makan dan mempunyai rujukan positif daripada mereka yang pernah menginap disini merupakan salah satu faktor utama. Apa yang lebih utama adalah penjimatan berganda, Bak kata orang “Value for Money”.

BACA: Keindahan Membiru Di Danau Kaolin Kini Jadi Lokasi ‘Hits’ Di Indonesia