Kampung People merupakan sebuah drama TV3 yang boleh dikatakan sentiasa trending di Twitter setiap kali episod baru bersiaran. Pasti ada yang bersedih kerana episod terakhir akan bersiaran pada hari esok.

Anda yang menonton drama Kampung People ini pasti perasan akan watak Badrul Bisu, bukan? Walaupun watak tanpa dialog, tetapi karakter tersebut tetap berjaya menarik perhatian ramai.

Terbaharu, menjadi buah mulut netizen akan ‘talent’ sebenar Badrul atau nama sebenarnya Shahril Sarjen yang pelbagai. Siapa sangka bahawa kek pandan dalam drama tersebut sebenarnya dibuat oleh beliau?

Melalui satu perkongsian di Twitter, ramai yang kini mengetahui bahawa beliau bukan sahaja membuat kek pandan dalam drama tersebut, tetapi beliau juga yang membuat kek palsu untuk hari jadi dan penulis prop novel Laut, I Miss You serta berniaga BioJen.

Berikutan itu, rata-rata netizen cukup kagum dengan kebolehan yang ditonjolkan oleh beliau dan menyukai watak yang dibawa beliau.

https://twitter.com/Syahiraishak20/status/1214135118719148035

Semoga bakat yang ditonjolkan oleh beliau menjadi inspirasi buat anda di luar sana untuk mencuba pelbagai benda agar dapat memajukan diri anda.

Seorang suri rumah berjaya menjana pendapatan sebanyak 5 angka sebulan hanya dengan bermain PUBG. Klik pautan di bawah jika anda terlepas berita tersebut.

Suri Rumah Ini Jana Pendapatan Sebanyak 5 Angka Sebulan Melalui Penstriman Permainan Video PUBG

Hanya Jual Ayam Goreng RM1, Peniaga Ini Raih Pendapatan RM15,000 Sebulan

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula