Tidak lama lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Pasti anda sudah mula buat persiapan hari raya terutama sekali menyediakan kuih muih untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Walaupun tahun ini Hari Raya Aidilfitri akan disambut sedikit berbeza, tetapi pasti akan mengukir senyuman kepada semua. Apa kata anda buat kek pisang dan hidangkan kepada tetamu?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Aliah Yahaya Alia telah berkongsi resipi kek pisang yang gebu dan sedap untuk anda cuba sendiri di rumah. Ayuh kita ikuti perkongsian beliau!

90960630_2956532334404046_6504482649849987072_o

Bahan-bahan yang diperlukan:

Secawan gula pasir (boleh adjust sendiri tahap kemanisan), secawan minyak jagung atau minyak masak, 4 biji telur, 8 biji pisang emas, 1 1/2 cawan tepung gandum, sesudu kecil baking powder, sesudu kecil baking soda dan secubit garam.

Cara-cara membuat kek pisang:

1. Panaskan oven 10 hingga 15 minit dengan suhu 160-170°c.

2. Campurkan tepung gandum, baking powder dan baking soda. Ayak dan asingkan.

3. Sediakan pengisar dan masukkan telur, gula dan garam, lalu kisarkan hingga kembang.

4. Masukkan minyak dan kisarkan lagi.

90719480_2956532204404059_6614231356459188224_o

91463004_2956532004404079_3091885877660483584_o

5. Kemudian, masukkan pisang dan kisar halus lalu asingkan dalam mangkuk lain.

6. Ambil tepung diayak tadi, masukkan sedikit demi sedikit dalam bahan yang dikisar tadi dan gaul sebati.

7. Lenserkan loyang dan lapik dengan baking paper. Bakar dengan suhu 160-170°c dalam 45 hingga 50 minit ikut oven masing-masing.

8. Siap untuk dihidangkan.

Tengok sahaja sudah terliur kerana aroma dan kek pisang tersebut kelihatan gebu. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Kami kongsikan beberapa resipi menarik lain di The Vocket untuk anda cuba. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’

Resipi Mudah Coklat Chip Ala Famous Amos Guna Air Fryer Dijamin Sedap Yang Raih 1K ‘Shares’

Sepantas 5 Minit, Ini Tip ‘Defrost’ Daging Beku Yang Anda Boleh Praktikkan Di Rumah