Kami mengaku!

Ini satu-satunya cabaran yang kami tak mampu buat. Serius.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami bet, anda juga takkan berjaya!

Nak tahu apa dia? Saksikan video di bawah.

Video yang dihasilkan oleh Room To Read ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa betapa tingginya masalah buta huruf di dalam kalangan penduduk dunia.

Walaupun di dalam dunia serba maju ini, kita sebenarnya terlupa bahawa masih ada golongan masyarakat yang tidak terdedah kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Oleh itu, kita semua mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan perubahan yang baik dapat dilakukan.

Antara aktiviti yang akan dilakukan oleh organisasi berikut adalah:

1. Mewujudkan projek celik huruf yang mampan.
2. Menyediakan sokongan serta bantuan kepada kanak-kanak perempuan untuk bersekolah.
3. Mengajak masyarakat dan juga kerajaan untuk melibatkan diri mengenai program celik huruf serta pendidikan untuk kanak-kanak perempuan.
4. Memastikan projek berjalan lancar serta menjaga kualiti dan mutu program yang dijalankan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh sentiasa rujuk laman web rasmi mereka di Do Not Read This.

Oh ya, apa kata sekarang anda cabar rakan-rakan yang lain juga? Pasti mereka juga turut gagal seperti anda ;)

Sumber: UpWorthy