Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kemenangan kes saman Johnny Depp terhadap bekas isteri, Amber Heard ternyata memberi sinar baharu kepada pelakon tersebut.

Keputusan juri mendapati bahawa Amber Heard bersalah kerana memfitnah bekas suaminya Johnny Depp dalam salah satu artikel yang disiarkan di The Washington Post pada 2018.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Sejak artikel tersebut dikeluarkan, populariti serta imej Johnny jatuh mendadak menyebabkan beliau digugurkan daripada dua franchise filem dan tiada jenama mahu menjadikan Johnny sebagai duta mereka.

Cuma satu jenama yang terus kekal bersama-sama Johnny mengharungi ‘detik gelap’ hidupnya, Dior. Johnny telah menjadi muka depan untuk produk minyak wangi Dior Sauvage sejak ia pertama kali dilancarkan pada tahun 2015.

Sebelum ini, jenama terbabit berdepan kritikan kerana tidak menamatkan perjanjian mereka bersama Johnny ketika beliau dituduh sebagai ‘kaki pukul’ oleh Amber.

Ia adalah satu keputusan yang ‘pelik’ kerana mana-mana jenama mewah biasanya akan terus menjauhkan diri dengan artis atau model mereka yang berdepan kontroversi. Keputusan tersebut secara tidak langsung dilihat sebagai salah satu cara Dior berpihak kepada Johnny ketika perbicaraan kes saman Johnny sedang berlangsung.

Permintaan Dior Sauvage di seluruh dunia meningkat ketika perbicaraan kes saman Johnny Depp dan Amber Heard

Kes perbicaraan Johnny dan Amber mempunyai kesan sampingan yang tidak dijangka. Permintaan untuk Dior Sauvage meningkat naik di Eropah dan Amerika Syarikat di mana pewangi tersebut sold out di sesetengah peruncit. Salah satu sebabnya? Peminat membeli pewangi tersebut sebagai satu bentuk sokongan terhadap aktor kesayangan mereka.

Video mempromosikan pewangi tersebut di TikTok juga naik mendadak menjadikannya antara pewangi paling popular di laman tersebut.

Pada ketika ini, Dior Sauvage dikatakan terjual setiap 3 saat di seluruh dunia. Dan sekiranya anda mahu bau seperti Johnny Depp, anda boleh belinya di sini. Harganya memang mahal dan jangan terpedaya dengan tawaran murah kerana produk tersebut adalah palsu.

Johnny Depp berkata beliau tidak akan muncul sebagai Jack Sparrow lagi walaupun ditawarkan kontrak RM1.2 bilion. Baca lagi pada pautan di bawah.

Johnny Depp Enggan Berlakon Pirates Of The Caribbean Lagi Walaupun Ditawarkan RM1.2 Bilion

Ambergris, Muntah Ikan Paus Cecah Nilai Jutaan Ringgit Yang Digunakan Dalam ‘Perfume’

Milani Cosmetics Buktikan Amber Heard ‘Menipu’ Dalam Kes Saman Fitnah Johnny Depp