Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebut mengenai TV kami yakin pasti ramai yang mengidamkan sebuah TV yang mempunyai saiz skrin yang besar, memaparkan warna yang terang serta hadir dengan harga yang mampu milik.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, lambakan model TV di pasaran pada ketika ini pastinya memberi kesukaran buat para pengguna membuat pilihan sekaligus menyukarkan pengguna mengetahui perbezaan yang tersedia pada sesebuah jenama mahupun model.

Sebelum itu, tahukah anda dengan sebuah jenama TV yang sudah dipercayai ramai serta turut dinobatkan sebagai pengeluar TV OLED nombor 1 dunia buat 9 tahun berturut-turut merupakan daripada jenama LG?

Kami yakin informasi ini sangat penting buat anda bercadang untuk mendapatkan TV khususnya untuk buat anda yang mementingkan kualiti serta kegunaan jangka masa panjang. Nak tahu mengapa jenama TV ini mampu konsisten menjadi pilihan TV OLED pilihan ramai sehingga hampir sedekad? Ayuh kami dedahkan rahsia model LG OLED evo.

LG Brightness Booster

Membincangkan soal TV, tidak sah rasanya jika tidak membincangkan soal paparan di mana LG berjaya mendominasi bahagian ini. Menerusi LG Brightness Booster paparan yang ditawarkan adalah sehingga 30% lebih cerah. Bukan itu sahaja, LG OLED evo turut mampu menyesuaikan kecerahan TV mengikut keadaan semasa. Menarik bukan?

Bukan itu sahaja, sokongan 100% color fidelity yang tersedia pada model ini membolehkan model LG OLED evo menawarkan warna yang lebih variasi dan tepat berbanding penggunaan paparan LCD.

Paparan LG Self-Lit OLED

Pernahkah anda mengalami isu di mana TV yang ditonton dilihat warnanya yang ditawarkan seakan kurang jelas atau menyerlah? Atau mungkin warna hitam yang dipaparkan seakan kurang sempurna?

Mengetahui ramai pengguna mengalami masalah ini, LG berjaya menyelesaikannya menerusi paparan LG Self-Lit yang mampu menawarkan paparan warna hitam yang lebih sempurna serta warna yang lebih tepat menerusi setiap visual yang ditampilkan.

Dalam erti kata lain, setiap visual yang ditonton akan tampak lebih kemas dan menyerlah membuatkan pengalaman menonton TV berbeza berbanding sebelum ini.

Penawaran saiz skrin yang pelbagai

Seperti ramai sedia maklum, model TV sering kali hadir dengan saiz skrin yang berbeza. Hal ini sekaligus menjadi pilihan buat pengguna untuk mendapatkan model mengikut saiz skrin berdasarkan keluasan ruang TV mereka.

Menariknya, TV OLED evo daripada LG sedia menawarkan fleksibiliti kepada pengguna dengan menawarkan seleksi saiz skrin kepada pengguna bermula daripada 48-inci, 55-inci, 65-inci, 77-inci, 83-inci dan juga saiz paling besar adalah 88-inci.

Pilihan sehingga 6 saiz TV yang berbeza ini secara tidak langsung membantu anda untuk membuat pilihan dengan mudah.

Rekaan yang nipis sesuai untuk pelbagai jenis pengguna

LG OLED evo
Sumber: LG

Rekaan gap-less design pada model LG OLED G2 membolehkan model ini dapat digantung dengan sempurna pada dinding. Rekaannya tanpa bezel yang tebal sekaligus membuatkan ruangan rumah anda tampil lebih elegen dan moden.

Mengurangkan cahaya biru serta bebas kelipan

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian dalam mendapatkan sesebuah TV adalah penyertaan fungsi tapisan pancaran cahaya biru daripada TV OLED.

Untuk pengetahuan, pancaran cahaya biru tanpa tapisan ini bakal membuatkan pengguna mengalami migrain dan mata mudah letih apabila menonton TV selepas beberapa jam.

Hal ini sangat penting buat anda yang kerap menonton TV pada keadaan cahaya gelap dan tempoh yang panjang khususnya buat pengguna yang kerap marathon K-Drama atau para gamer yang kerap bermain game sehingga beberapa jam sehari.

Menariknya mengenai TV OLED Evo daripada LG, model ini menyertakan tapisan cahaya biru sehingga 50%. Dalam erti kata lain, pengguna tidak lagi mengalami mudah sakit kepala atau mata yang letih meskipun menonton dalam tempoh yang panjang.

LG OLED Motion Pro

LG OLED Evo
Sumber: LG

Sekiranya anda merupakan seorang gamer, peminat filem aksi atau sukan ekstrim, pastinya setiap detik merupakan detik berharga bagi anda. Hal ini bagi membolehkan anda selaku penonton dapat menonton setiap aksi yang dilakukan dengan jelas.

Kegagalan segelintir TV untuk memaparkan visual dengan gerakan yang banyak secara tidak langsung bakal membuatkan pengalaman tontonan menjadi kurang menarik disebabkan visual yang kabur.

Situasi ini sekali lagi berjaya diselesaikan menerusi teknologi LG OLED Motion Pro yang mampu mengurangkan gerakan visual yang kabur kepada visual yang lebih terang dan jelas. Pastinya tiada lagi aksi penting yang terlepas menerusi LG OLED Evo.

Dikuasakan oleh pemproses α9 Gen5 AI

LG OLED Evo

Selain paparan TV yang terang, tahukah anda sebahagian besarnya dipengaruh oleh pemproses yang terkandung dalam TV.

Menerusi LG OLED evo, pengguna bakal dibekalkan dengan pemproses α9 Gen5 AI yang bakal membantu pengguna menawarkan paparan yang imersif berdasarkan siri atau filem yang ditonton.

Sokongan face enchancing, scene analysis, night scene dan sebagainya menerusi bantuan AI  pastinya membantu pengguna dalam menawarkan warna yang jelas dan terang di setiap paparan ditonton.

Bukan sahaja membantu dari segi paparan, processor α9 Gen5 AI ini turut membantu dalam menawarkan kualiti audio yang lebih menarik, jelas dan menyeluruh menerusi sokongan Dolby Atmos buat para pengguna. Pasti ini antara fungsi  yang diidamkan ramai bukan?

LG OLED evo
Sumber: LG

TV idaman buat para gamer

Membincangkan soal paparan yang menjadi idaman para gamer, sudah pastinya paparan tersebut mempunyai teknologi masa tindak balas atau response time yang rendah iaitu serendah 1ms. Selain itu, sokongan VRR, ALLM beserta eARC antara yang tersedia buat pengguna.

Lebih membuat para gamer teruja, model ini turut dilengkapkan dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, Nvidia G-Sync & AMD Free Sync Premium yang menjanjikan pengalaman terbaik buat para gamer khususnya mereka yang berminat dengan permain melibatkan first-person shooter yang memerlukan paparan yang terbaik dalam mengelakkan masalah paparan menjadi kabur.

Penawaran port HDMI 2.1 antara yang bakal membantu pengguna sama ada untuk menonton siri dan filem kegemaran atau bermain game bagi memastikan sambungan yang lancar tanpa sebarang delay atau kelewatan baik dari segi paparan mahupun bunyi.

Menariknya, kesemua spesifikasi ini berjaya ditawarkan menerusi model LG OLED evo yang berjaya menawarkan resolusi paparan yang besar, grafik yang kemas, padanan bunyi dan grafik serentak sekaligus meningkatkan pengalaman permainan untuk membantu anda memenangi sesebuah game.

Sebenarnya lebih banyak lagi fungsi yang tersedia pada LG OLED evo yang membuatkan mendapatkan model TV ini sebagai pilihan yang berbaloi tidak kira anda seorang gamer, peminat filem atau siri penstriman dan sebagainya. Menariknya, anda turut berpeluang menikmati kredit cashback sehingga RM2,700 menerusi Touch ‘n Go e-Wallet tertakluk kepada terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut mengenai LG OLED evo dengan klik di sini.