Di jazirah Arab hari ini, ada beberapa negara yang mengiktiraf kedaulatan negara Israel dan menjalinkan hubungan diplomatik dengannya, antaranya adalah;

1. Mesir
2. Jordan
3. UAE
4. Morocco
5. Bahrain
6. Sudan

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mesir ini dikira klasik kerana negara ini sudah menandatangani Perjanjian Damai dengan Israel lama dulu masa tahun 1979. Sama juga dengan Jordan, buat Perjanjian Damai dengan Israel tahun 1994.

Mesir dan Jordan ini macam yang kita tahu, negara sempadan kepada Palestin. Kedua negara ini terlibat dengan perang menentang Israel dari dahulu lagi.

iu_1599038679
New Straits Times

Penat dah banyak kali perang, ambil jalan berdamai pulaklah.

Tahun 2020 memperlihatkan 4 lagi negara Islam ikut jejak langkah iktiraf negara Israel iaitu UAE, Bahrain, Sudan dan Morroco. Ada beberapa sebab kenapa negara-negara Islam, saudara mara kita ini menyokong negara Israel.

Aku cuba terangkan secara ringkas satu persatu.

1. Bahrain

Bahrain merupakan negara Orthodox Sunni yang takutkan ancaman Iran (Syiah). Di Bahrain terdapat gerakan Syiah yang memperjuangkan hak-hak demokrasi mereka dan kumpulan ini mendapat restu Iran.

Disebabkan Bahrain tak segagah Iran, jadi negara ini perlukan perlindungan insurans dari kuasa besar Amerika. Macam mana nak dapat perlindungan dari Amerika? Mudah. Iktiraf Israel.

09152uaepeace1_960x540
MCC

Tapi kenapa perlu iktiraf Israel sedangkan yang perlu diminta tolong adalah Amerika? Situasi ini ada kaitan dengan geopolitik. Selain itu, Amerika Syarikat telah mula kurangkan kapasiti ketenteraan mereka di Timur Tengah.

Jadi Bahrain perlukan perlindungan yang (double protection) dan kuasa ketenteraan yang dilihat boleh membantu mereka yang tidak lain adalah Israel.

Faktor kedua, Bahrain terhutang budi dengan Arab Saudi disebabkan masa Arab Spring 2011, Bahrain terselamat dengan bantuan Saudi. Bahrain tahu yang Saudi ada niat untuk menjalin hubungan dengan Israel, disebabkan itu Bahrain jadi shadow nation dulu tengok macam mana perkembangan sebelum Saudi pula mulakan langkah.

2. Morroco/Maghribi.

Morroco ada pertikaian satu wilayah di Sahara Barat. United Nation tak luluskan kedaulatan Morroco ke atas kawasan Sahara Barat seperti yang dituntut oleh kerajaan Morroco.

87359
Daily Sabah

Jadi Morroco ambil jalan pintas, iktiraf Israel dan sebagai timbal balik, mereka minta Amerika untuk bantu dalam tuntutan ke atas kawasan yang dituntut. Apa Amerika buat? Amerika ketuai rundingan dengan United Nation untuk Morroco dapatkan beberapa habuan wilayah sepanjang Sahara.

3. Sudan

Sudan ini pulak dilihat sebagai member baik Iran. Kenapa member baik? Sebabnya Khortum tidak sertai pertikaian Saudi-Emirates masa pembantaian Houti di Yaman. Bila Sudan tidak sertai pertahankan Sunni daripada diserang Iran (Syiah) maka geng arab melihat Sudan dah jadi geng Iran.

Member baik Iran tapi kenapa dia iktiraf Israel pulak, pelikkan?

Seperti biasa, manusia ini hatinya sentiasa berubah-rubah. Macam itu juga dengan Sudan. Negara ini buat langkah sampingan bila Amerika tawarkan benda yang susah nak ditolak.

.
The Times of Israel

Apa Amerika tawarkan?

  • Amerika akan keluarkan Sudan dari senarai negara yang menyokong keganasan.
  • Sudan kena buat kerja mudah dengan mengiktiraf kedaulatan Israel.
  • Amerika akan mudahkan urusan perdagangan global untuk Sudan sebagai medium untuk naikkan ekonomi dan kukuhkan perdagangan antarabangsa.

Persetujuan Sudan ini juga menyelamatkan reputasi mereka daripada kritikan barat yang selama ini mengecam Sudan sebab kurangnya amalan demokrasi dalam sistem pemerintahan mereka.

4. UAE

Sebut Dubai dan Abu Dhabi, semua tahu ini tempat paling seronok di Timur Tengah. Kedua-dua Bandar hebat ini berada di bawah negara UAE, sebuah lagi kuasa Islam yang mengiktitaf kedaulatan negara Israel.

Ketenteraan UAE tidaklah sehebat seperti kereta-kereta mewah yang rakyat mereka miliki (selalu tengok Supercar Blondie) atau segagah menara Burj Khalifah.

UAE perlukan kekuatan teknologi dan ketenteraan. Jadi macam mana nak dapat? Senang. Ikut sahaja cakap Amerika, iktiraf Israel.

2262451-1120653921
Arab News

Amerika akan manfaatkan sokongan ini dengan kekuatan tentera dan segala macam jet pejuang yang UAE perlukan seperti, F35 Stealth Fighter dan EA-18G Growler Warcraft pun Amerika akan hidangkan untuk mereka.

Bukan setakat itu, UAE dapat banyak peluang kolaborasi dengan Israel terutamanya dalam hubungan dua hala perdagangan dan projek-projek mega yang jumlahnya ratusan bilion dollar.

Itulah serba sedikit yang boleh kita faham kenapa negara-negara Islam yang lebih dekat dengan Palestin tapi tak buat apa-apa bila kena bantai dengan Zionis.

Bukan sekadar tak buat apa-apa, siap mereka khianat pergi iktiraf kedaulatan negara Israel lagi.

Nampak tak betapa geopolitik, kepentingan ekonomi, keutamaan ketenteraan, kepentingan kuasa, reputasi, kekayaan, keselamatan dan pengiktirafan kuasa besar; SENTIASA DAN SELAMANYA akan melebihi kepentingan nyawa apatah lagi kesyumulan sebuah agama.

Kita tak perlu jerit Jihad ke telinga mereka, sebab itu bukan suatu hal yang dipedulikan. Perang Zionist vs Palestinians? Pada mereka di situlah terletaknya 1001 peluang untuk menambah kuasa dan kekayaan.

Now you know why.

Surat Albert Einstein kepada Zionis setelah kejadian pembunuhan orang Arab di Deir Yassin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Surat Albert Einstein Kepada Zionis Setelah Kejadian Pembunuhan Orang Arab Di Deir Yassin

‘Bukan Biasa-Biasa’ – Ini Adalah Peluru Berpandu Hamas Dan PIJ Yang Paling Ditakuti Israel

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel