Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu penularan wabak COVID-19. Malah, profesor dari Amerika Syarikat turut pernah puji cara Malaysia tangani kes ini.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Ida Latif telah berkongsi perkongsian rakan-rakannya yang berada di luar negara menangani penularan wabak COVID-19 ini.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Bila baca berita JP Morgan menarafkan Malaysia bukan saja sebagai yang terbaik dalam menangani wabak Covid19 di Asia…

Posted by Ida Latif on Thursday, 26 March 2020

Menurutnya, beliau terpanggil untuk kongsikan ia kepada umum selepas membaca berita apabila JP Morgan menarafkan Malaysia sebagai yang terbaik dalam menangani wabak Covid-19 di Asia Tenggara, tetapi juga melebihi sesetengah negara maju di Eropah.

Difahamkan, perkongsian tersebut adalah melalui rakan-rakanya yang beliau kenal dan bukanlah dari sumber yang tidak dikenali beliau. Ikuti perkongsian beliau di bawah ini:

1. Azira Aziz – Norway

Untuk pengetahuan anda, Azira adalah rakyat Malaysia yang menetap di Oslo, Norway selama lebih dari 5 tahun kerana mengikut suaminya yang bekerja di sana. Di Oslo, hanya mereka yang sakit sahaja wajib memakai mask dan orang yang sihat tidak dibenarkan pakai.

Jika anda sihat tetapi memakai mask, anda mungkin boleh ditangkap polis. Sebagai contoh anda ke kedai memakai mask dan didapati oleh tuan kedai lalu tuan kedai membuat laporan polis, pasti anda akan ditangkap. Pernah ada kes orang sihat pakai mask ditangkap polis.

Norway 🇧🇻 lockdown day 9 (cerita sabtu)Bydel Vestre Aker adalah daerah ke 5 dalam top list di Oslo paling banyak…

Posted by Azira Aziz on Saturday, 21 March 2020

Walaupun kes jangkitan COVID-19 sudah mencecah lebih 2000 kes, akan tetapi tahap kesedaran rakyat di sana masih rendah dan penduduk akan memandang sinis apabila ada yang keluar rumah pakai mask. Jika anda baca berita, pasti anda tahu bahawa kerajaan Norway sudah tutup airport, dan tidak terima kemasukan pelancong asing sejak 12 Mac lagi.

2. Faiza Isqandar Ali – Sweden

Faiza adalah pelajar Malaysia yang sedang buat PhD di sana. Mungkin ada daripada kita yang memandang tinggi kemudahan kesihatan di Sweden tetapi selepas mendengar kisah dari Faiza pasti akan berasa kurang sedikit.

Menurut Faiza, tiada lockdown mahu pun sekatan perjalanan walaupun sudah ada 1000++ kes jangkitan. Rakyat bebas ke mana saja termasuk menaiki bas dan keretapi. Malah, ujian COVID-19 dan rawatan hanya akan diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi dan mempunyai penyakit kronik.

“Malaysia bumi bertuah”Biasa kan dengar ayat itu? Memang betul pun. Bila WHO gesa negara-negara terlibat untuk…

Posted by Faiza Isqandar Ali on Thursday, 26 March 2020

Berikutan itu, mereka yang muda tetapi ada simptom COVID-19 terpaksalah kuarantin diri sendiri dan duduk rumah diam-diam sampai sihat sendiri. Jika ke hospital pun tidak akan dilayan.

Selain itu, tiada pengesanan contact dibuat di Sweden seperti di Malaysia. Jika di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia siap suruh datang buat ujian, tidak kira awak muda atau tua jika pernah berada dalam kluster yang ada jangkitan.

3. Azwadi Kamarudin – UK

Azwadi adalah staff KKM. Tapi saya panggil dia papa farmasi sebab dia di bahagian farmasi. Kisah Wadi bukan tentang kisah 1st hand pengalaman sendiri, tapi berdasarkan acara berbalas mesej dengan kawan dia warga UK di Edinburgh.

Kawan mat saleh abang masa belajar di Aberdeen dulu sekarang dia kat Edinburgh, dah 11 hari sakit-sakit. Tanya ada pergi…

Posted by Azwadi Kamarudin on Thursday, 26 March 2020

Rakan Wadi ini terkena jangkitan Covid19. Tapi sebab kes jangkitan di UK sudah terlalu banyak, rakan dia tidak mahu pergi hospital buat ujian pun kerana dia yakin tidak akan dilayan.

Sebagai rakyat Malaysia, secara peribadi saya bersyukur kerajaan kita ambil tindakan yang betul dengan buat RMO. Malaysia bukanlah dalam kategori negara maju macam 3 negara di atas, tapi kebajikan kita sebagai rakyat jauh terbela berbanding yang tinggal di negara maju, terutama di saat dunia sedang berperang dengan wabak covid19.

Malah, kita tidak dibiarkan terkapai-kapai, disuruh lawan COVID-19 bersendirian macam orang di UK dan Sweden. Kepada para frontliners, pakcik makcik cleaner, pak guard, makcik guard, abang adik food delivery, abang polis, askar, rela dan semua sukarelawan yang berjuang sama ada secara langsung atau tidak – TERIMA KASIH.

Kepada awak dan kita yang duduk di rumah, eloklah kita terus duduk diam di rumah. Ini cara terbaik kita boleh bantu barisan hadapan yang tengah berperang dengan COVID-19.

Pastinya selepas membaca perkongsian ini membuatkan kita lebih bersyukur menjadi rakyat Malaysia, bukan? Jalankan tanggungjawab anda dengan patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tahukah anda bahawa 2 kawasan di Johor telah diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mulai semalam? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Penduduk 2 Kawasan Di Johor Diperintah ‘Berkurung’ Selepas Disahkan 61 Kes Positif COVID-19

Profesor Dari Amerika Syarikat Ini Puji Cara Malaysia Tangani COVID-19

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Dijangkiti COVID-19 Buatkan Dirinya Kenal Erti Syukur

Anda Mungkin Suka