Viral di media sosial sejak semalam apabila McDonald’s Bukit Bintang hadir dengan papan tanda yang lebih catchy dan tampak lebih tempatan dengan nama terbaru iaitu ‘Mekdi’.

Bermula dengan andaian sekadar edit, gambar tersebut telah disahkan benar oleh pihak McDonald’s sendiri. Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang membuatkan McDonald’s Malaysia mengubah nama kepada ‘Mekdi’.

68602743_2482473501974359_1702610488803721216_n (1)
Sumber: 大马人 (Malaysia Lang )

Difahamkan nama ‘Mekdi’ dipilih berikutan sebutannya yang lebih sinonim dengan gaya percakapan harian Rakyat Malaysia yang merujuk kepada nama singkatan McDonald’s. Pemilihan nama ini juga telah direalisasikan pada bulan ini bagi meraikan bulan kemerdekaan.

McDonald’s Malaysia memilih cawangan Bukit Bintang kerana cawangan ini merupakan cawangan pertama mereka di Malaysia sejak mula memasuki pasaran 37 tahun lalu iaitu pada tahun 1982.

mZLH0Ci9DfsybEl9kbD6
Susana pembukaan McDonald’s cawangan Bukit Bintang

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali McDonald’s hadir dengan papan tanda yang unik. Sebelum ini, McDonald’s di beberapa negara lain turut melakukannya dengan nama-nama seperti Mekkes, McDo, Macca’s dan McDicks’s.

a3BngBr_700b
Mcdonald’s Australia. Sumber: 9gag

Selain itu, McDonald’s turut tampil dengan tampil menu Nasi Lemak dimana francais ini mengesahkan menu ini sebagai menu yang menyatupadukan seluruh Rakyat Malaysia. Tidak hairanlah para netizen bersetuju Nasi Lemak McD ini sememangnya terbaik.

Tahniah diucapkan buat McDonald’s Malaysia diatas idea pemasarany yang mantap bersempena dengan 37 tahun beroperasi di Malaysia. Diharap McDonald’s Malaysia dapat membawakan lebih banyak menu yang enak dan unik khusus buat kita semua.

Sumber