Dengan perkembangan teknologi ketika ini, memang tidak hairanlah jika pengeluar smartphone terpaksa bersaing sengit di pasaran tempatan. Sebab itulah setiap pengeluar berlumba-lumba menghasilkan telefon pintar dengan spesifikasi yang canggih untuk merebut hati pengguna.

Sekarang ini bila hendak beli smartphone, pengguna tidak pandang harga sangat tetapi yang penting spesifikasi dan features kenalah mantap serta up-to-date.

Dengar cerita, HUAWEI nova 4e tengah hot kerana dikatakan sebagai smartphone yang mesti dimiliki sekarang. Nak tahu kenapa?

HUAWEI Nova 4e, penuh dengan nilai estetik

Kalau anda rasa HUAWEI Nova 4e ini sama sahaja seperti smartphone yang lain, anda tersilap. HUAWEI nova 4e ni mempunyai fungsi yang lebih baik, dan sesuai untuk golongan elit serta profesional yang mengikuti trend fesyen terkini.

Kemasan panel belakang premium

Nova 4e 1

Anda lihat pada kemasan panel belakang HUAWEI nova 4e ini. Terdiri daripada 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue, memang nampak premium dan sangat tidak mengecewakan.

Nova 4e 2

Pilihan kami pastinya warna Peacock Blue kerana dengan teknologi coating terbaru, ia akan menghasilkan tona warna menarik antara ungu dan biru serta memiliki efek pantulan cahaya yang sangat menarik perhatian.

Berkeupayaan menyembunyikan display bar

HUAWEI nova 4e turut dilengkapi dengan paparan ‘Dewdrop’ berukuran 6.15 inci yang menghasilkan nisbah skrin sehingga 90%. Ini bermakna, kalau anda tidak suka ada display bar, HUAWEI nova 4e mempunyai fungsi untuk sembunyikan display bar tersebut.

Menariknya lagi, di sebalik lubang earpiece HUAWEI nova 4e ini turut dilengkapi dengan lampu notifikasi LED dan indikasi bateri pelbagai warna.

Sesuai untuk gaya hidup pengguna urban, muat turun video dan jadikan ringtones

Siapa di sini yang suka tukar ringtones telefon? Buat pengetahuan anda sekarang ini, bukan sahaja lagu, tapi video pun boleh dijadikan ringtones. HUAWEI nova 4e ini juga menyokong fungsi video ringtones, di mana anda boleh muat turun mana-mana klip, contohnya dari Tik Tok, dan setkan sebagai ringtones. Cool!

Khas untuk gamers!

griezmann

HUAWEI nova 4e menawarkan variasi 6GB RAM dan 128GB RAM berserta GPU Turbo 2.0 yang mempunyai keupayaan menyokong penggunaan sd card sehingga 512GB.

Untuk yang kaki game, HUAWEI nova 4e ini memang untuk anda. Confirm lebih puas hati untuk main games kegemaran anda.

Paling win untuk kualiti gambar terbaik

Kalau hendak dibandingkan antara HUAWEI nova 4e dengan smartphone lain yang sama harga, kami boleh rumuskan yang HUAWEI nova 4e ini mempunyai banyak sangat kelebihan.

Tiga kamera beresolusi tinggi

Ia dilengkapi dengan tiga kamera beresolusi 24MP + 8MP Ultra Wide Angle dan sistem kamera belakang juga membolehkan anda menangkap gambar dari sudut pandangan yang lebih luas.

Yang lagi best, fungsi Integrated Handheld Night Mode juga membolehkan anda mengambil gambar dari pelbagai sudut serta apa jua keadaan pengcahayaan. Mahu ambil gambar malam-malam pun tiada masalah!

Satu lagi kegunaan smartphone dengan resolusi kamera tinggi ini mestilah untuk selfie. Gadis sekalian, jangan risau. Dengan 32MP kamera selfie dan fungsi AI Beautification, selfie anda yang biasa-biasa pasti akan bertukar seperti selfie artis! Tidak perlu lagi susah-susah untuk edit.

Sama ada untuk golongan elit dan profesional, pengguna yang gemar mengikuti trend terkini, gamers ataupun gadis yang sukakan selfie, HUAWEI nova 4e ini memang pilihan tepat untuk anda.

Anda percaya atau tidak dengan semua spesifikasi dan kelebihan HUAWEI nova 4e ini, anda boleh membelinya dengan hanya RM1,119 sahaja? Sangat berbaloi bukan?

Apa tunggu lagi, jom jadi antara yang terawal untuk merasai pengalaman menggunakan HUAWEI nova 4e dan dapatkan di Huawei Experience Stores, kedai dalam talian Huawei: https://shop.huawei.com/my/, zon paparan dan di pengedar yang sah.

Untuk maklumat lanjut, layari website rasmi HUAWEI:

https://consumer.huawei.com/my/phones/nova4/
https://consumer.huawei.com/my/phones/nova4e/