Masih ingat apabila Joe Jones berkata beliau ada mendengar My Chemical Romance (MCR) berlatih bersama di studio dan mencetuskan andaian kumpulan berkenaan akan kembali bersama? Nampaknya ketika ini reunion berkenaan agak nampak ‘mustahil’.

Setiap ahli MCR ketika ini membawa haluan masing-masing di mana Gerard Way lebih memfokuskan kerjaya beliau dalam bidang penulisan komik. Beliau kini sedang fokus dalam rangka promosi dan penulisan komik Doom Patrol selain karya komik beliau sendiri, Umbrella Academy.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui temubual SYFY WIRE yang baru diterbitkan semalam, adik Gerard, Mikey Way turut mengikut jejak abangnya menjadi penulis untuk komik Collapser, sebuah karya untuk DC Comics.

Gitaris mereka, Frank Iero turut menepis tanggapan mereka akan kembali bersama. Cuma beliau ada mengesahkan yang ahli MCR akan bertemu setahun sekali untuk acara barbeku dan bersembang tentang kehidupan masing-masing. Frank juga pada ketika ini sedang sibuk dengan tour kumpulan beliau, Frank Iero & The Future Violents.

Seorang lagi ahli MCR, Ray Toro pula tidak begitu aktif di laman sosial tetapi beliau masih lagi aktif dalam bidang muzik. Dikatakan beliau.

Paling hampir untuk peminat mendengar karya MCR adalah menerusi lagu Hazy Shade Of Winter yang dirakam khas untuk siri Umbrella Academy yang dinyanyikan oleh Gerard dengan petikan gitar oleh Ray Toro.

Impian untuk peminat setia MCR melihat persembahan mereka buat kali terakhir kekal samar kerana kesemua mereka mempunyai komitmen serta projek yang perlu difokuskan terlebih dahulu. Yang pasti, ramai yang masih berharap MCR akan membuat comeback untuk kali terakhir. Kita tunggu dan lihat.