Pasti anda salah seorang yang menunggu hingga ke saat akhir untuk melihat end credit ‘Avengers: Endgame’. Berbeza dengan filem Marvel sebelum ini, Endgame tidak disajikan dengan apa-apa klip khas.

Ramai yang kemudiannya tertanya-tanya mengapa tiada end credit? Mengapa tidak meneruskan tradisi filem Marvel sebelum ini? Sebenarnya mungkin ada sebab Russo Brothers tidak mahu berbuat demikian.

Menurut Verge, salah satu sebabnya adalah end credit untuk setiap filem Marvel sebelum ini adalah sejenis ‘iklan’ untuk filem Marvel yang akan datang. Ianya agak logik kerana end credit filem Marvel sebelum ini biasanya berkait antara satu sama lain.

Marvel Studios masih ada ‘Spider-Man: Far From Home’, mengapa tiada end credit? Sebenarnya end credit Far From Home sudah diceritakan ketika ‘babak terakhir’ filem Endgame kerana Far From Home akan mengambil masa selepas Endgame.

Russo Brothers mahu peminat setia Marvel ‘berehat sebentar’ daripada segala rancangan Marvel selepas Endgame kerana Endgame adalah kisah tentang pengakhiran ‘The Infinity Saga’. Adalah lebih baik peminat enjoy dahulu setiap detik dalam Endgame sebelum melangkah ke fasa yang seterusnya.

Satu lagi, end credit biasanya akan jadi satu masalah buat Marvel jika dibuat tergesa-gesa. Ini dapat dilihat daripada rekaan watak Thanos dalam end credit MCU sebelum ini. Rupa Thanos dalam Infinity War dan Endgame sangat berbeza dengan rekaan awal Thanos.

Marvel Studios mungkin masih belum bersedia untuk membuat sebarang teaser tentang rancangan mereka selepas The Infinity Saga. Kemungkinan besar, rancangan Marvel Studios akan didedahkan ketika Far From Home.

Jadi, janganlah bersedih atau kecewa dengan ketiadaan end credit dalam Endgame. Marvel Studios pasti ada rancangan yang lebih hebat selepas The Infinity Saga. Sama-sama kita nantikan.

BACA: ‘Avengers: Endgame’ Karya Teragung Marvel Studios