Sedia maklum bahawa masyarakat Jawa banyak di Indonesia dan ada juga di Malaysia. Tahukah anda bahawa ada masyarakat Jawa di Thailand?

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Kak Kin atau nama sebenarnya Nurul Asyikin Razali telah berkongsi keunikan Kampung Jawa di Bangkok. Betul, anda tidak salah lihat kerana Kampung Jawa ini terletak di Bangkok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Kak Kin, Kampung Jawa tersebut berdekatan dengan Masjid Jawa dan anda boleh ke sini dengan menggunakan komuter turun di Stesen BTS Surasak dan jalan sedikit ke Hospital St. Louis.

Kak Kin terjumpa Kampung Jawa ini secara tidak sengaja ketika itu beliau baru sahaja selesai makan dan bertanya kepada pemilik kedai jika ada surau berdekatan untuk solat. Menurut pemilik kedai itu, terdapat masjid di belakang kedai dan nama masjid tersebut adalah Jawa Mosque.

71772855_990263001326328_5968111508834484224_n

71764977_990260464659915_7565476310835789824_n

Nama masjid cukup unik kerana menggunakan perkataan Jawa itu sendiri dan bila sebut tentang masyarakat Jawa pasti sudah terbayang Indonesia kerana majoriti masyarakat di sana adalah masyarakat Jawa.

Usai solat, beliau telah berjalan-jalan sekitar kawasan masjid dan menariknya laluan di kawasan tersebut sama seperti laluan di celah-celah rumah di Jogja. Tempat tersebut mengingatkan beliau pada saat beliau berjalan kaki untuk mencari kedai makan yang perlu mengharungi laluan sempit dan berpagar tinggi ketika di Jogja.

Siapa sangka Kampung Jawa di Bangkok ini persis seperti di Jogja. Untuk pengetahuan anda, penduduk Kampung Jawa Bangkok ini memang berasal dari keturunan Jawa Indonesia.

71497760_990261374659824_5931509617149345792_n

71822257_990260361326592_4685231466446061568_n

Dikhabarkan ketika zaman pemerintaha Raja Thailand terdahulu pernah meminta bantuan Raja Jawa untuk kirim pekerja untuk membangunkan kerajaan baharu. Selepas selesai, Raja Thailand membernarkan orang-orang Jawa yang datang membantu tinggal di sini.

Difahamkan bahawa kini sudah generasi ketiga atau keempat yang tinggal di sini tetapi generasi baharu ini tidak boleh berbahasa Jawa hanya generasi pertama dan kedua sahaja yang boleh.

Jika anda ingin berkunjung ke sini, disarankan untuk datang dalam jam 4 atau 5 petang. Ini kerana, anda akan dapat menikmati pelbagai makanan tempatan yang dijual di tepi-tepi jalan.

Adakah anda baru tahu kewujudan Kampung Jawa ini? Anda mungkin berminat untuk ketahui cara ke Bangkok menggunakan keretapi. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lelaki Ini Kongsi Tip DIY Dan Itinerari Ke Bangkok 4 Hari 3 Malam Menaiki Keretapi

‘Z9 Resort’ Penginapan Murah Seakan Maldive Di Thailand

Hostel ‘Rare’ Berkonsepkan Penjara Di Bangkok, Thailand Kini Dibuka

Sumber