Dalam dunia yang serba pantas ini, kita sentiasa mahukan persekitaran yang tenang untuk fokus melakukan kerja kita. Kadang-kadang, ada masanya kita perlukan me-time tanpa sebarang gangguan bunyi bising. Jadi, penyelamat dalam keadaan ini pastilah fon telinga!

Macam yang kita tengok sekarang, fon telinga tanpa wayar jelas menjadi pilihan. HUAWEI juga tidak ketinggalan dan memperkenalkan produk HUAWEI Smart Life iaitu HUAWEI FreeBuds 3yang menjanjikan pengalaman menakjubkan. Jom kami bagitahu kehebatan FreeBuds 3 yang mendahului pesaing-pesaingnya!

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

Latensi rendah, tiada lagi tangguhan bunyi!

Sekarang ini memang ramai orang lebih suka menggunakan fon telinga tanpa wayar. Mana tidaknya, connect sahaja sudah boleh guna. Akan tetapi, masalahnya apabila menggunakan fon telinga jenis tanpa wayar ini adalah, bila-bila masa sahaja boleh disconnected dan menyebabkan penangguhan bunyi.

Bayangkan anda tengah main PUBG, musuh sudah makin dekat, tetapi anda tidak dengar bunyi tapak kaki dia sebab fon telinga anda lagging! Jadi kami kongsikan tentang fon telinga canggih HUAWEI iaitu FreeBuds 3 yang kini dikuasakan dengan cip Kirin A1. Dengarnya, FreeBuds 3 ini memang ngam untuk kaki game!

Huawei-Kirin-A1-2

Menawarkan latensi yang rendah tetapi mempunyai kestabilan yang tinggi, FreeBuds 3digabungkan dengan dua saluran unik supaya pengguna tidak merasa kelewatan bunyi apabila menggunakannya. Yang lagi best, FreeBuds 3 juga memberikan pengalaman bunyi yang selari dan memang real!

freebuds-671×378

FreeBuds 3 ini turut dilengkapi dengan teknologi inovatif dual-channel yang membolehkan kedua-dua fon telinga menerima isyarat sauran kiri dan kanan secara langsung dari telefon bimbit anda. Ia secara tidak langsung dapat mengelakkan gangguan bunyi untuk pengalaman bunyi yang lebih baik!

Bukan itu je, FreeBuds 3 juga merupakan peranti pertama di dunia yang dilengkapi sokongan Bluetooth 5.1 dan Bluetooth Low Energy 5.1 yang membolehkan sambungan ke peranti lebih stabil dan kukuh. Melaluinya, fon telinga dapat mengenal pasti jalur frekuensi 2.4GHz dari WiFi yang menggangu, seterusnya akan menukarkan jalur frekuensi ke saluran yang lain.

Fon telinga pertama di dunia yang menyokong ciri semi-open pembatalan bunyi bising!

huaweibud3_1575295566

FreeBuds 3 ini merupakan fon telinga tanpa wayar pertama di industri yang mempunyai fungsi pembatalan bunyi. Fon telinga semi-open ini juga adalah berbeza dengan fon telinga jenis in-ear yang lebih jelas dari segi kebocoran bunyi.

Setiap pengguna mempunyai struktur corong telinga, habit dan postur pemakaian fon telinga yang berlainan, jadi FreeBuds 3 ini direka berdasarkan acuan kepala standard dan dicipta berdasarkan corong telinga sebenar manusia, mengikut umur yang berbeza, jantina, saiz telinga serta tabiat pemakaian supaya sesuai digunakan oleh semua orang.

【市场快讯】华为Freebuds 3

【市场快讯】工作时需要专注地研究新技能、技术或者写方案等,但在人多的办公环境中常有同事聊天,发出声音,让我们无法专心工作。为了解决这问题,华为推出一款具有降噪功能的无线耳机—华为Freebuds 3,让你可以在嘈杂的环境中,继续保持效率完成工作。#东方日报 #市场快讯

Posted by 馬來西亞東方日報 Oriental Daily News Malaysia on Friday, 15 November 2019

FreeBuds 3 juga dihubungkan melalui APP Life Smart, iaitu pengurangan bunyi bising aktif yang boleh dihidupkan dengan hanya satu klik, dan boleh diselaraskan mengikut pilihan pengguna. Memang betul-betul mesra pengguna!

Fungsi pembatalan bunyi HUAWEI FreeBuds 3 boleh dimuat turun melalui AI Life di Galeri App HUAWEI dan Google Play Store.

Sambungan cepat dan sensitif!

Picture1-1-671×326

Dari segi sambungan dan pairing, FreeBuds 3 hanya mengambil masa 3 saat untuk berhubung dengan telefon bimbit anda, di mana apabila kotak pengecas dibuka, ia akan terus bersambung secara automatik.

Bringing life back into the world. #HUAWEIFreeBuds3MY

Posted by The Star Online on Saturday, 16 November 2019

Pengecasan pantas dan jangka hayat bateri lebih lama!

huaweibud5_1575295574

Perkara yang selalu dititikberatkan apabila membeli fon telinga adalah hayat bateri yang lama dan kelajuan pengecasan. Betul tidak?

Kalau anda ingin tahu, bekas penyimpanan FreeBuds 3 adalah sebenarnya bekas pengecasan Jenis C yang tidak memerlukan pengecas tambahan dan kord kuasa yang lain. Guna pengecas telefon pintar anda pun boleh!

Daripada segi bateri pulak, apabila bekas simpanan FreeBuds 3 dicas penuh, ia boleh memainkan lagu selama empat jam atau sehingga 20 jam. Manakala apabila fon telinga FreeBuds 3 dicas penuh pula, ia mampu bertahan sehingga 2 jam setengah panggilan dan mencapai jumlah panggilan selama 12 jam apbila dicas secara berulang kali.

Bekas simpanan ini juga boleh dicas tanpa wayar dan ini bermakna ia boleh dicas terus dari telefon pintar Mate 20 Pro atau P30 Pro.

Rekaan yang elegan dan mudah dibawa kemana sahaja!

dolphin-671×362

Kalau anda lihat rekaan FreeBuds 3 ini, mesti anda jatuh cinta! Mana tidaknya, dua pilihan warna putih dan hitam memang tampak klasik, elegan dan in-trend! Dari segi rekaan bekas penyimpanan yang bulat pula, ia amat mudah digenggam dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Apa lagi yang anda tunggu, sememangnya FreeBuds 3 pilihan tepat!

huaweibud1_1575295557

Memang kami jatuh cinta betul dengan ciri-ciri FreeBuds 3 ini. Tidak sama dengan pesaing lain tau! Cepat dapatkan HUAWEI FreeBuds 3 dengan ciri-ciri menakjubkan ini dengan harga RM679 untuk kehidupan holistik yang lebih pintar!

Tambah menarik, HUAWEI turut melancarkan penyimpanan awan 50GB secara percuma selama tiga bulan untuk semua siri HUAWEI Mate30.

Pengguna siri HUAWEI Mate 30 boleh menuntut tawaran dengan hanya log masuk dengan ID HUAWEI anda pada tetapan peranti dan ia harus di konfigurasi tetapan Malaysia.

CARA TUNTUTAN

1. Masuk dengan ID Malaysia HUAWEI anda

2. Tetapan> Akaun> Cloud> Tingkatkan Storan Cloud> Tuntutan 50 GB (sah selama tiga bulan sahaja).

Jom miliki HUAWEI FreeBuds 3 dan rasai sendiri pengalaman menakjubkan sekarang di kedai HUAWEI terdekat atau layari laman web HUAWEI hari ini juga!

Produk yang dilancarkan oleh HUAWEI memang menarik. Anda mungkin berminat untuk memiliki telefon pintar HUAWEI. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!

Huawei P30 Sudah Mula Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM1,999

Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu

Anda Mungkin Suka