Wanita di luar sana mesti rimas kalau dapat teman lelaki atau suami yang kaki kereta, bukan? Lebih-lebih lagi jenis lelaki yang sanggup berhabis duit untuk kereta.

Bak kata orang, kalau sudah kaki kereta itu, mesti akan sayang kereta lebih daripada teman wanita atau isteri. Sissy Iman yang cantik itu pun kena ignore dengan suami dia!  Semuanya pasal keretalah! Tidak percaya? Tonton video di bawah ini.

Pening kepala kalau ada pasangan yang kaki kereta ini? Anda pernah alami situasi macam ini tidak?

All About The Drive

ohbulan gazoo

Kepada anda yang kaki kereta itu, jom saksikan pelumba profesional ternama negara serta selebriti kegemaran anda beraksi dalam Vios Challenge di Festival Toyota Gazoo Racing  pada 9 hingga 10 November 2019 di Bandar Malaysia (bekas Lapangan Terbang Sungai Besi).

Antara pelumba profesional yang akan beraksi di festival ini ialah Tengku Djan Ley, William Ho, Mark Darwin dan Brendan Paul. Selain itu, selebriti tanah air seperti Janna Nick, Khai Bahar, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle dan Diana Danielle akan turut beraksi di litar yang sama.

Bukan itu sahaja, banyak juga tarikan lain seperti:

  • Penampilan Eksklusif Toyota GR Supra Baru
  • Simulator GR Velocity Esports
  • Persembahan Toyo Drift
  • Pertandingan Beyblade
  • Jadi, tunggu apa lagi ? Jom serbu ramai-ramai! Kalau ingin ketahui lebih lanjut, boleh layari website Toyota Gazoo Racing. 

    Adakah anda tahu bahawa kereta pelumba negara telah dilanggar oleh sebuah kereta yang cuba mengelak bayar tol? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

    Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

    Proses Restorasi Datsun 120Y Ini Berjaya Mencuri Perhatian Netizen