Kecoh baru-baru ini apabila Whatsapp mengumumkan perubahan terbaru mereka untuk mengongsikan data peribada anda bersama Facebook. Tidak cukup dengan perubahan, Whatsapp secara tidak langsung telah memungkir janjinya kepada pelanggan apabila menjanjikan untuk menjaga privacy pengguna daripada sebarang tujuan pengiklanan.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Dalam pada itu, terdapat solusi buat anda yang tidak berminat dengan polisi terbaru Whatsapp. Diharap anda yang tidak berminat untuk berkongsi data peribada whatsapp anda bersama Facebook dapat lakukan langkah-langkah yang dinyatakan dengan segera berikutan Whatsapp telah menetap tarikh tetap buat anda yang tidak bersetuju polisi terbaru mereka.

Berikut merupakan langkah-langkahnya:

Apabila anda menerima arahan untuk ‘accept’ polisi terbaru Whatsapp, tekan pada ‘Read more’ di bahagian bawah.

lhzsmiasoiudoluyffea

Pilih untuk menututup tatapan seperti yang dibawah.

bxtv5janwxmthpgymkpn

Jika anda terlepas mesej awal daripada Whatsapp, jangan risau. Anda masih mempunyai peluang untuk tidak bersetuju dengan polisi ini.

Caranya sangat mudah, pilih Settings > Account > Share my account info seterusnya untick bahagian ‘share my account info’.

yjfzrvjjo9j6jlai5vfa

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerjasama diantara Whatsapp dan Facebook seperti yang dinyatakan, anda boleh lawati ke laman ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group