Menyebut tentang konsert pasti ramai yang menyukainya, lebih lebih apabila disertakan dengan barisan penyanyi yang disukai ramai. Buat anda yang merupakan kaki konsert dan sedang mencari aktiviti yang diluangkan bersama pada 15 September ini, anda dijemput untuk menyertai konsert pesta harapan yang bakal berlangsung.

Konsert yang bermula jam 5 petang sehingga 12 tengah malam bersempena dengan sambutan Hari Malaysia ini turut membawa keunikannya yang tersendiri. Memandangkan konsert ini merupakan sebuah konsert untuk menyatukan pelbagai bangsa dan kaum, pihak pengajur turut menjemput para selebriti daripada pelbagai genre dan bangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara yang barisan penyanyi yang bakal menggegarkan Konsert Pesta Harapan adalah Bunkface, Jaclyn Victor, Sufian Suhaimi, Soo Wincci, Rynn Lim, Mugen Rao dan pelbagai lagi artis lain. Berikut merupakan antara barisan artis yang bakal terlibat. Menarik bukan?

new-featured-concert

Nak tahu apa yang lebih best, dengan seleksi penyanyi yang pelbagai, Konsert Pesta Harapan ini boleh disertai oleh orang ramai secara percuma. Ya, percuma sahaja.

Apa lagi, jemput rakan-rakan anda untuk sama-sama memeriahkan lagi konsert yang julung-julung kali diadakan ini. Anda boleh klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai konsert pesta harapan serta barisan penyanyi yang bakal menggegarkan konsert ini.