CEO Uber, Travis Kalanick nampaknya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyatakan hasrat beliau untuk meninggalkan jawatan sebagai advisory council buat Donald Trump. Cukup dengan hanya sebulan berkhidmat, beliau pada hari ini telah mengesahkan beliau bakal meninggalkan jawatan tersebut.

Memikirkan masa depan syarikat beliau serta masa depan Amerika yang jauh lebih penting, ramai yang berpendapat keputusan Travis Kalanick untuk meninggalkan jawatan yang diberikanĀ Donald Trump merupakanĀ keputusan yang tepat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keputusan yang dibuat oleh Travis Kalanick ini hadir selepas terdapat kempen untuk menyeru orang ramai memboikot Uber kerana berpendapat Travis Kalanick turut berkomplot bersama Donald Trump.

Kempen yang dimulakan #DeleteUber di Twitter ini nampaknya berjaya membuatkan Syarikat Uber panik selepas lebih 20,000 pengguna memadam akaun Uber. Memandangkan U.SĀ merupakan lubuk penting buat Uber, adalah lebih buat jika Travis Kalanick memilih jalan yang lebih selamat.

Dalam pada itu, Elon Musk selaku CEO bagi syarikat Tesla dan Space X secara lantang mengatakan beliau bukan peminat Donald Trump namun tidak bermakna beliau bakal meninggalkan jawatan sebagai penasihat.

Sebuah keputusan yang berani dibuat oleh Elon. Kami tidak pasti jika negara lain turut memberikan peluang buat seseorang individu untuk menyatakan pendirian seakan Elon terhadap President mereka.

Sumber