Kata orang, menjadi seorang yang kaya membolehkan seseorang hidup dengan lebih mewah dan selesa tanpa perlu bekerja keras dalam tempoh yang panjang. Kenyataan ini nampaknya tidak benar sesama sekali buat Elon Musk yang kini berada di tangga ke-40 manusia terkaya dunia.

Elon Musk memilih untuk berada di kilang Tesla sempena sambutan tahun baru. Beliau melakukannya bagi menunaikan janjinya untuk mengedarkan model Tesla kepada para pembeli yang memesannya.

Screenshot 2020-04-06 at 5.33.36 PM
HYPE
Pak Kodie Sering Beri ‘Nasihat’, Pasangan Suami Isteri Ini Bertindak Memarahinya?
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, sudah menjadi budaya di Tesla dimana syarikat ini akan lebih sibuk pada bulan terakhir setiap suku tahun bagi meningkatkan pengeluaran kereta kepada para pembeli.

Selain itu, Elon Musk juga bercita-cita untuk mengedarkan lebih banyak kereta pada suku keempat 2019 berbanding suku ketiga 2019 dengan jumlah 97,000 buah.

105181445-GettyImages-490596004

Sumber: CNBC

Mengulas mengenai Elon Musk, beliau sememangnya terkenal dengan budaya bekerja melebihi masa sekaligus dilabelkan sebagai workaholic selepas beliau mengesahkan bekerja 120 jam seminggu yang membuatkan beliau dilihat lebih berusia.

Elon Musk juga mendakwa beliau turut bekerja seperti biasa di kilang Tesla pada hari lahirnya yang ke-47 dan ke-48 tanpa sebarang sambutan daripada rakan-rakan.

5d67ccb52e22af22235ee173

Sumber: Business Insider

Seperti juga Jack Ma sebelum ini, Elon Musk turut pernah menyatakan beliau lebih banyak memfokuskan kepada pembangunan bisnes berbanding keluarganya.

Melihat kepada gaya penceritaan Elon Musk, beliau sememangnya workaholic. Dalam pada itu, beliau sememangnya kreatif dalam memastikan beliau kekal releven di kalangan netizen melalui penceritaannya yang membuatkan orang ramai teruja termasuk pelbagai gimik yang pernah beliau lakukan sebelum ini.

Tular beberapa bulan sebelum ini apabila Elon Musk didakwa cermin Tesla Cybertruck yang retak pada waktu pelancaran adalah gimik daripada Elon Musk. Turut dikongsikan, Elon Musk nampaknya mementingkan skills berbanding ijazah untuk bekerja di syarikatnya.

Cermin Retak Sewaktu Pelancaran Tesla Cybertruck Sekadar Gimik Daripada Elon Musk?

Elon Musk Cari Pekerja Yang Tidak Mempunyai Ijazah, Tetapi Ada Kemampuan ‘Luar Biasa’

Elon Musk Hampir Pasti Akan Berpindah Ke Planet Marikh

Anda Mungkin Suka