Star Wars pada tahun lalu telah melancarkan siri The Mandalorian menerusi platform Disney+. Siri ini nampaknya berjaya menarik perhatian ramai khususnya para peminat francais Star Wars. Siri ini nampaknya telah diteruskan menerusi musim kedua yang mulai ditayangkan bermula semalam.

Apa yang menarik perhatian ramai pada episod pertama musim kedua ini selain daripada jalan ceritanya yang epik adalah penyertaan logo FINAS yang diberi penghargaan pada akhir episod ini sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya.

the-mandalorian-season-2-1604051753
Sumber: digital spy

Difahamkan logo FINAS disertakan pada end credit episod ini disebabkan adanya penglibatan hasil kerja studio grafik yang bertempat di Malaysia yang menjayakan siri ini pada episod kesembilan sekaligus membolehkan produksi ini menerima insentif sebanyak 30% daripada pihak kerajaan.

Menurut CEO FINAS, Dr. Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri penawaran insentif daripada FINAS ini secara tidak langsung membuka peluang buat studio di Malaysia untuk terus berkembang sekaligus meningkatkan kemahiran tenaga kerja di Malaysia dalam industri perfileman. Selain itu, rebat yang ditawarkan turut meningkatkan peluang produksi luar memilih studio dari Malaysia untuk bekerjasama.

Dr–Ahmad-Idham-bin-Ahmad-Nadzri
CEO FINAS, Dr. Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri. Sumber: The Rakyat Post

Dilaporkan pihak produksi luar sama ada siri atau filem yang berbelanja lebih RM385,000 sejam untuk hasil kerja studio dari Malaysia berpeluang mendapat rebat daripada FINAS. Tahniah diucapkan buat studio Base FX serta FINAS yang terlibat atas hasil kerjasama bersama pihak Disney.

Anda boleh klik pautan di bawah untuk melihat dengan lebih lanjut cenderamata ekslusif yang dikeluarkan Star Wars menampilkan Baby Yoda.

Peminat Star Wars Teruja, Disney Keluarkan Cenderamata Comel Edisi Khas Baby Yoda

Tonton Trailer Rasmi Pertama ‘Star Wars: The Mandalorian’

Pandora Hadir Dengan Koleksi Star Wars Edisi Terhad Pasti Buat Peminat Teruja