Mulai diperkenalkan hampir sedekad lalu serta digunakan orang ramai, servis e-hailing nampaknya semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Hal ini turut dibuktikan dengan lambakan syarikat e-hailing yang berminat untuk menawarkan servis yang seakan sama.

Di sebalik pelbagai syarikat yang menawarnya, Grab muncul sebagai antara syarikat yang berjaya kekal berdaya saing serta kompetitif dalam industri e-hailing negara. Malah, Grab turut menjadi antara platform pilihan ramai sekiranya mahu mendapatkan servis e-hailing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Meskipun berjaya menawarkan seleksi servis serta mengumpul jumlah pengguna yang ramai, terdapat pengguna yang turut meluahkan rasa kurang senang terhadap syarikat ini yang didakwa mulai mengenakan tambang perjalanan yang lebih mahal.

Sumber: Grab

Terbaharu, Grab menerusi laman rasmi mereka tampil mengumumkan caj terbaru buat para pengguna yang menggunakan servis GrabCar di mana caj setiap minit semasa dalam perjalanan manakala caj setiap kilometer dikurangkan.

Difahamkan struktur harga terbaru ini memberi keadilan buat para pemandu di mana mereka berpeluang meraih caj tambang yang lebih berbaloi khususnya sewaktu waktu kemuncak atau sedang berlaku kesesakan lalu lintas. Berikut dikongsikan perbezaan struktur harga lama dan baharu daripada Grab.

harga Grab
Sumber: Grab

Menurut Grab, struktur harga terbaru ini walau bagaimanapun tidak memberi kesan besar berbanding struktur harga sebelum ini. Walau bagaimanapun, harga dijangka berbeza khususnya sewaktu berlaku kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, caj tambang ke KLIA tidak terkesan dengan struktur harga terbaru ini memandangkan caj terbaru ini hanya diaplikasikan di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja setakat ini.