Agak mengejutkan sebuah pemerah jus dijual pada harga $700 USD. Malah berita ini juga mengejutkan buat rakyat Amerika sendiri. Terlalu mahal dan tidak masuk akal. Namun, tahukah anda apa yang membezakan Pemerah Jus Juicero dengan pemerah jus yang lain?

Juicero

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Doug Evan selaku pencipta Pemerah Jus Juicero mengambil pendekatan berbeza dengan menyediakan sebuah jus yang sangat-sangat memudahkan pengguna. Bukan sahaja, anda tidak perlu potong atau terus boleh campak buah-buahan dan sayur-sayuran kedalam pemerah, kerja anda lebih mudah dengan Juicero.

Syarikat yang sudah menerima dana hampir 120 juta ini menggunakan teknologi baru dimana pengguna cuma perlu masukkan plastik yang sudah dimasukkan beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijamin kualiti dan kesegarannya ke dalam mesin. Seterusnya, Juicero akan perahkan bagi mendapatkan jus yang segar. Cuma plastik yang perlu dibuang, pengguna tidak lagi perlu membersihkan sebarang peralatan sepertimana pemerah-pemerah jus yang lain.

juicero-cold-juice-press-2

Adakah $700 USD berbaloi dengan teknologi yang ada pada Juicero? Mungkin orang seperti saya yang jarang meminum jus bukanlah ‘target market’ mereka. Walaubagaimanapun, USP atau ‘unique selling point’ yang ada pada Juicero sangatlah menarik hati saya.

Pada iklan mereka, syarikat ini menunjukkan betapa payahnya menggunakan pemerah jus jenama lain berbanding Juicero. Berdasarkan jumlah dana yang diterima, jelas menunjukkan meskipun anda mempunyai syarikat yang mengeluarkan produk mahal berbanding pesaing, USP yang kuat berjaya menandingi jenama-jenama pesaing yang lain.

Juicero setakat ini cuma dijual sekitar California dan bakal dijual seluruh dunia pada harga $700 USD. Kami kurang pasti berapa harganya apabila Juicero tiba di Malaysia.

Sumber