Menteri Kerja Raya, YB Alexander Nanta Linggi pada hari Selasa lalu telah mengumumkan bahawa lebuh raya di Malaysia akan mengadaptasi sistem pembayaran terbuka. Difahamkan sebanyak lima lebuh raya akan melaksanakan penerimaan kad kredit dan debit bermula September ini.

Rakyat menyambut berita itu dengan gembiranya namun masih timbul beberapa persoalan menerusinya. Antara persoalan yang gemar dilontarkan oleh pengguna termasuklah mengapa sistem pembayaran terbuka di lebuh raya mengambil masa lama untuk dilaksana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Dato Seri Alexander Nanta Linggi memuat naik kenyataan di media sosial untuk menjawab persoalan tersebut. Secara ringkas, Alexander menyatakan lima lebuh raya dipilih bagi memastikan sistem dapat berfungsi dengan baik.

Jadi ia tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa membuat kajian penuh perancangan, pembangunan dan ujian. Ini supaya dapat mengelakkan masalah yang menyusahkan pengguna kelak.

Sistem pembayaran terbuka mengambil masa untuk dilaksanakan kerana banyak proses perlu dilalui. Alexander menerangkan usaha ini telah dibuat sejak 2022 oleh Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (BPP), Kementerian Kerja Raya (KKR).

Antara proses yang dimaksudkan adalah aspek teknikal, perundangan dan kewangan melibatkan pelbagai pihak sebelum keputusan dicapai untuk dilaksanakan di lima lebuh raya. Pelaksanaan ini akan diluaskan lagi kepada lebuh raya lain juga.

Keputusan untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka di tol terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya dan bukannya Kementerian Kewangan atau Kementerian Pengangkutan. Perkara ini dijelaskan Alexander supaya orang ramai faham dan menunggu pengumuman KKR untuk perkembangan terbaru.