Baru-baru ini, sebuah ‘kapal angkasa’ telah terhempas di Gangnam, Korea Selatan dan berita tersebut telah menjadi topik perbualan hangat warganet negara itu.

Perkara yang aneh itu pastinya mengundang rasa ingin tahu warga Korea Selatan. Oleh itu, meskipun kawasan tersebut dijaga rapi oleh pegawai, kawasan tersebut tetap dikerumuni orang ramai untuk menangkap gambar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1610437905-2930e6083b781e204f79ce5166b336f5
SUMBER: ALLKPOP

Akan tetapi, setelah lama diperhatikan, ‘kapal angkasa’ yang kononnya terhempas itu rupa-rupanya hanyalah sebuah prop yang diletakkan oleh Netflix sebagai sebuah promosi untuk filem terbaharu mereka bertajuk Space Sweepers yang bakal ditayangkan pada 5 Februari 2021 ini.

Lengkap dengan logo Netflix diatasnya, sebuah penanda yang bertulis Spaceship ‘Victory’ will be collected on February 5 (kapal angkasa Victory akan diambil pada 5 hari bulan Februari) turut disertakan di kawasan tersebut.

Idea kreatif dari Netflix tersebut bukan sahaja berjaya menarik perhatian warga Korea Selatan malah, idea tersebut turut dipuji oleh peminat antarabangsa.

Filem yang berpaksikan genre sci-fi ini dikatakan mempunyai konsep angkasa lepas mirip filem Star Wars dan dibintangi barisan pelakon yang cukup berbakat seperti Song Joong-ki, Kim Tae-ri, Jin Sun-kyu, Yoo Hae-jin dan ramai lagi.

Difahamkan filem ini berlatarkan tahun 2092 dan berkisarkan tentang kru kapal The Victory yang bertugas untuk mengumpul sisa berbahaya di angkasa lepas yang secara tidak sengaja telah terjumpa dengan sebuah robot berbentuk manusia bernama Dorothy.

Bagaimanakah agaknya pengakhiran filem ini? Filem dan drama dari Korea Selatan kebanyakkanya padat dengan unsur plot twist, adakah filem ini pun begitu? Sama-samalah kita nantikan!

Belum menonton trailer filem ini? Klik pada pautan di bawah!

Tonton Trailer Space Sweepers, Filem Korea Dengan Konsep Angkasa Lepas Mirip Star Wars